Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setiap rayuan dasar perumahan diteliti, diberi kelonggaran jika perlu

Nov 22, 2020 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan terus memberi kelonggaran dan bersikap ihsan dalam menimbangkan rayuan penduduk mengenai keperluan perumahan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan, lebih-lebih lagi semasa pandemik Covid-19 ini.



Memberi jaminan itu, Menteri Negara (Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata selaku ketua Jawatankuasa Rayuan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), beliau meneliti setiap rayuan agar penduduk dalam kes-kes luar biasa boleh dibantu.



"Mana yang situasinya luar biasa, kita beri kelonggaran. Walaupun kita ada dasar-dasar tertentu, kita jalankan dasar ini dengan penuh ihsan sejajar dengan apa yang diperlukan.



"Kita akan teruskan usaha ini, lagi-lagi pada waktu Covid-19 ini," kata Dr Faishal, dalam satu wawancara dengan Berita Minggu.



Antara kes itu termasuk penduduk yang tidak memenuhi tempoh penginapan minimum (MOP) tetapi perlu mendapatkan rumah baru kerana keluarga semakin membesar, atau kes melibatkan warga asing dengan anak warga Singapura yang perlu membeli rumah.



Dr Faishal telah memimpin jawatankuasa rayuan itu setelah dinaik pangkat menjadi Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sejak Julai lalu.



Dalam menjalankan tugas dalam jawatankuasa rayuan tersebut, beliau akur kadangkala perlu bersengkang mata "hingga dua atau tiga pagi" untuk menimbangkan setiap kes.



"Ada isu memang kompleks. Saya perlu pastikan mereka benar-benar layak terima pengecualian. Walaupun dalam kes yang mungkin rakan AP (Anggota Parlimen) tidak rekomen, saya pastikan kami tidak terlepas apa-apa butiran. Sejauh ini saya gembira untuk katakan rakan-rakan saya di HDB telah bersikap ihsan dan membantu mereka yang benar-benar memerlukan," ujarnya.



HDB juga terus membantu penduduk yang terjejas dengan Covid-19 dan menghadapi kesukaran untuk membayar pinjaman rumah mereka, kata Dr Faishal.



Dari April hingga September lalu, sekitar 2,900 isi rumah mendapatkan bantuan yang ditawar HDB seperti menangguhkan bayaran ansuran pinjaman mereka atau mengurangkan ansuran itu buat sementara waktu.



Selain isu bayaran rumah, beberapa isu yang timbul angkara Covid-19 ialah kes aduan berhubung jiran yang meningkat, sedang lebih ramai yang bekerja di rumah.



Satu lagi kesan akibat amalan kerja di rumah yang berleluasa ialah timbulnya konflik dalam keluarga sehingga ada pihak (selalunya ibu bapa) dalam keluarga berbilang generasi yang meminta untuk membeli rumah baru.



Namun, bilangan kes konflik dalam keluarga itu lebih rendah berbanding kes berkaitan hubungan dengan jiran, kata Dr Faishal.



Dalam wawancara itu, beliau turut menyentuh tentang tumpuannya dalam pelbagai jawatan baru, termasuk perjuangan mengatasi isu dadah di MHA, serta rancangannya untuk Wisma Geylang Serai (WGS) selaku peneraju hab bersepadu itu.



LAPORAN LANJUT: Kesedaran tidak cukup perlu ada daya tahan




"Mana yang situasinya luar biasa, kita beri kelonggaran. Walaupun kita ada dasar-dasar tertentu, kita jalankan dasar ini dengan penuh ihsan sejajar dengan apa yang diperlukan. Kita akan teruskan usaha ini, lagi-lagi pada waktu Covid-19 ini."
- Menteri Negara (Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >