Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FINALIS ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN (AGAB)

'Setiap respons pelajar saya hargai'

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



SEBELUM menjadi guru pada 1998, Encik R Azmann A Rahman aktif dalam bidang penulisan dan dikir barat dan telah merebut apa saja peluang penulisan yang ada, termasuk menulis sajak, cerpen dan skrip radio.



Penglibatan dalam kegiatan sedemikian membuatnya sedar bahawa beliau lebih teruja apabila bergiat dalam kegiatan bersifat kebahasaan dan kesenian dan rasa kecenderungan itu telah membuatnya berminat menjadi guru bahasa Melayu setelah tiga tahun bertugas dalam bidang kejuruteraan.



"Saya berharap dapat berkongsi minat, ilmu dan pengalaman saya dengan generasi seterusnya," kata Encik Azmann, 51 tahun, yang arwah bapanya juga seorang guru.



Ketua Subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim itu antara lain telah menulis cerpen 'Selamat Malam, Pari-Pari' dan 'Puteri' yang dipilih untuk teks Bahasa Melayu Lanjutan Menengah 1 baru mulai tahun depan.



Ada karyanya telah digunakan di dalam kelas seperti dalam sesi bacaan kreatif, yang merupakan antara usahanya menyuntik keseronokan dalam pembelajaran bahasa Melayu.



Bersama-sama kegiatan lain seperti melakonkan babak tertentu dalam cerpen, mengarang pantun serta menulis sajak dan seni kata, Encik Azmann cuba menjadikan suasana di dalam kelas lebih santai dan tidak menekan.



Beliau merupakan antara empat bakal penerima Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) bagi kategori Teladan iaitu bagi guru yang telah berkhidmat 10 tahun dan lebih.



Encik Azmann berkata beliau berusaha menarik minat pelajar terhadap bahasa dan budaya Melayu melalui beberapa cara, seperti meningkatkan keyakinan pelajar dengan memastikan mereka selesa bersuara semasa di dalam kelas.



"Setiap respons pelajar saya hargai, tidak kira sama ada jawapan yang diberikan betul ataupun salah. Saya tidak akan membuat pelajar rasa tertekan semata-mata kerana takut untuk memberikan jawapan yang salah," katanya.



Beliau juga cuba menghubungkaitkan pembelajaran bahasa di dalam kelas dengan penggunaannya di dalam masyarakat agar pelajar dapat melihat kerelevanan bahasa Melayu dalam konteks kehidupan hari ini.



"Contohnya, saya membawa pelajar menyaksikan sesi penggambaran drama televisyen dan memberikan mereka paluang menemu bual beberapa pelakon dan penulis skripnya.



"Saya juga menganjurkan program penyerapan ke luar negara untuk menimbulkan kesedaran pelajar terhadap kerelevanan bahasa Melayu yang lebih luas cakupannya di Nusantara," kata Encik Azmann.



Beliau turut mendedahkan pelajar kepada nilai etika dan estetika dalam bahasa seperti tentang falsafah masyarakat Melayu yang terdapat dalam peribahasa Melayu.



"Misalnya, dengan menggunakan pokok pinang di perkarangan sekolah sebagai contoh, saya dapat menerangkan dengan lebih jelas lagi apa yang dimaksudkan oleh peribahasa 'pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak.'



"Hakikatnya, tidak ramai pelajar hari ini yang kenal apa itu pelepah, apatah lagi memahami mengapa pelepah bawah yang luruh dahulu," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >