Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setiap sekolah ada tukikan, tawaran tersendiri

Sistem pendidikan di sini mahu beri ruang pelajar ceburi minat, kembang bakat sejajar dengan usaha luaskan takrif kejayaan: Chun Sing
Jan 03, 2023 | 05:30 AM



SISTEM pendidikan setempat telah menjalani perubahan besar untuk menyediakan laluan lebih pelbagai bagi pelajar, sejajar dengan gesaan pemerintah untuk keluarga, majikan dan masyarakat menerima dan mendakap takrif kejayaan yang lebih luas serta menggalak pembelajaran sepanjang hayat.



Bagi mencapai matlamat tersebut, sekolah-sekolah setempat giat membangunkan bidang tukikan dan tawaran tersendiri, bagi memenuhi minat dan kecenderungan pelajar yang berbeza-beza.



Ia termasuk ruang pembelajaran, program, budaya, dan etos sekolah yang merangsang pelajar supaya mendakap pembelajaran sepanjang hayat itu, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Dalam wawancara dengan Berita Harian (BH), Encik Chan berkata bahawa setiap sekolah memainkan peranan penting dalam melengkapi landskap pendidikan Singapura.



"Setiap sekolah menawarkan peluang pembelajaran dan pembangunan berbeza bagi menyediakan para pelajar untuk perjalanan pendidikan sepanjang hayat mereka.



"Ini membolehkan setiap sekolah memenuhi keperluan para pelajar yang berbeza secara holistik kerana ia memupuk setiap pelajar untuk mencapai potensi sepenuh mereka berdasarkan kekuatan dan minat mereka yang berbeza," kata beliau.



Encik Chan menekankan, ibu bapa memainkan peranan penting dalam meneliti tawaran-tawaran unik setiap sekolah serta mengambil kira keperluan dan minat anak mereka secara holistik, bagi memilih sekolah yang sesuai.



Semasa membentangkan visi beliau bagi sistem pendidikan setempat sebelum ini, Encik Chan berkata sebagai sebuah masyarakat, Singapura harus meraikan dan memberi ganjaran sewajarnya kepada bakat-bakat berbeza dan tidak meletakkan kayu ukur yang sempit, dalam mentakrifkan kejayaan bagi para pelajar.



"Kami juga memerlukan sokongan industri dalam menyesuaikan diri dalam cara mereka mengambil, mengiktiraf dan menyokong pekerja - iaitu dengan menghargai nilai dan perwatakan, daripada hanya bergantug kepada pencapaian pendidikan pada peringkat awal perjalanan pendidikan seseorang.



"Ini sekali gus memberi kesedaran bahawa seseorang itu akan berkembang dalam kehidupannya, dan ini akan memberi penekanan kepada semangat untuk sentiasa mendapatkan kemahiran baru untuk memenuhi potensi sepenuhnya," ujar Encik Chan.



Antara sekolah yang mempamerkan bidang tukikan dan tawaran unik ialah Sekolah Menengah Yusof Ishak.



Sekolah yang berpindah dari Bukit Batok ke Punggol dan mengambil kohort pertama pelajar menengah satu tahun lalu, dilengkapi dengan pelbagai ruang pembelajaran khas di kampus mereka.



Untuk memenuhi profil pembelajaran unik dan berbeza bagi setiap pelajar pula, ia dilengkapi dengan koridor pembelajaran yang menawarkan ruang inspirasi untuk pelbagai jenis pelajar selain ruang pembelajaran pintar yang menyokong pembelajaran di mana juga mereka berada.



Menurut pengetua sekolah, Cik Maureen Lee, ruang-ruang pembelajaran itu juga bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar dalam pelbagai bidang serta memacu pembelajaran berautonomi.



"Sekolah ini telah direka bentuk sebagai sebuah makmal yang hidup di mana persekitaran sekolah ini menjadi guru ketiga dengan adanya pelbagai ruang yang memenuhi pelbagai minat pelajar kami yang berbeza.



"Sebagai contoh, pelbagai ciri kehijauan seperti hidroponik di setiap bilik darjah, pod-pod tanaman atau 'vegepods' di sepanjang koridor, serta taman atas bumbung boleh mencetuskan rasa ingin tahu dalam diri pelajar dan daripada situ, mereka boleh menyelidiki dan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai kemampanan," ujar beliau.



Untuk menyediakan pelajarnya bagi memasuki alam pekerjaan pada masa depan, Sekolah Menengah Deyi pula melengkapkan pelajar dengan kemahiran digital dan media melalui Program Pembelajaran Gunaan (ALP).



Program itu memberi pelajar wadah untuk berkongsi pandangan mereka mengenai isu sosial dan kotemporari dengan menggunakan kemahiran digital seperti penggambaran, suntingan video dan animasi; selain kemahiran media seperti menemu bual dan penyelidikan.



"ALP kami bertujuan untuk membangunkan pelajar yang yakin berkomunikasi dengan jelas.



"Ini adalah penting untuk masa depan kerana komunikasi adalah cara kami mengembangkan idea," kata pengetua, Sekolah Menengah Deyi, Cik Lim Ai Poo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >