PARLIMEN
Setiap warga punya peranan bendung virus dari menular
Feb 04, 2020 | 05:30 AM
DARIPADA pekerja penjagaan kesihatan kepada mereka di barisan depan hingga ke individu, semua orang memainkan peranan dalam usaha membendung koronavirus novel 2019 (2019-nCov).
Malah, Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, di Parlimen semalam menyifatkan pelbagai usaha yang diterajui masyarakat sebagai "memberangsangkan".