Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Setiausaha akhbar PM Lee jawab artikel pandangan NYT mengenai Singlish

May 24, 2016 | 11:00 AM

SETIAUSAHA akhbar kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah respon kepada satu artikel pandangan mengenai Singlish dalam akhbar New York Times (NYT), dengan berkata ia meremehkan usaha Pemerintah menggalak penguasaan bahasa Inggeris standard oleh rakyat Singapura.

Dalam surat yang disiarkan dalam International NYT pada Isnin (23 Mei), Cik Chang Li Lin berkata: "Pemerintah mempunyai sebab serius bagi dasar itu.

"Bahasa Inggeris standard penting bagi rakyat Singapura mencari nafkah dan bukan difahami warga lain Singapura sahaja, bahkan penutur bahasa Inggeris di mana-mana," katanya.

"Tetapi bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda kebanyakan rakyat Singapura. Bagi mereka, menguasai bahasa itu memerlukan usaha tambahan.

"Menggunakan Singlish akan menyukarkan lagi rakyat Singapura belajar dan menggunakan bahasa Inggeris standard."

Artikel bertajuk 'Politik dan bahasa Singlish' yang diterbitkan dalam International NYT pada 14-15 Mei itu ditulis oleh penyair dan pengkritik sastera Gwee Li Sui.

Memetik contoh frasa biasa Singlish seperti 'yaya betik' (orang sombong), Dr Gwee menulis bahawa Singlish "mungkin kelihatan kurang berbanding empat bahasa rasmi di pulau itu, tetapi usaha bertahun-tahun negara itu untuk melenyapkannya hanya membuat ia berkembang".

"Perang pemerintah terhadap Singlish ditakdirkan gagal dari awal: Malah institusi dan pegawai negara menyuburkannya, walaupun dengan tidak sengaja," kata beliau, memetik penggunaan Singlish dalam Perkhidmatan Negara (NS) dan hakikat lembaga pelancongan menonjolkannya sebagai penciptaan budaya unik.

Dr Gwee juga memberi contoh ahli politik menggunakan Singlish sejak tahun-tahun kebelakangan, dengan berkata: "Akhirnya menerima bahawa bahasa ini tidak boleh ditekan, para pemimpin kita telah mula menggunakannya secara terbuka sejak tahun-tahun kebelakangan ini, sering dalam usaha strategik untuk berhubungan dengan orang ramai."

Cik Chang berkata dalam suratnya: "Tidak semua orang mempunyai PhD dalam kesusasteraan Inggeris seperti Encik Gwee, yang boleh bertukar-tukar dengan mudah antara Singlish dan bahasa Inggeris standard, dan memuji kebaikan Singlish dalam artikel pandangan yang ditulis dalam bahasa Inggeris standard halus."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3