SETIAUSAHA Tetap (Pembangunan Pertahanan) Encik Neo Kian Hong akan bersara daripada Perkhidmatan Pentadbiran pada 1 Ogos ini.
Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam pada (18 April), Encik Neo, 54 tahun, akan bersara selepas khidmat cemerlang selama 35 tahun dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Perkhidmatan Pentadbiran.
Perkhidmatan Awam mengucapkan terima kasih kepada Encik Neo atas khidmat gigih dan sumbangan cemerlang beliau dan mengharapkan yang terbaik sedang beliau terus menyumbang kepada Singapura dalam jawatan lain.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Setiausaha Tetap Neo Kian Hong bersara 1 Ogos
Apr 18, 2018 | 11:55 AM