Setuju kadar tentukan jumlah yang boleh dibelanja daripada rizab lalu di bawah NIRC
Feb 19, 2020 | 05:30 AM
PRESIDEN Halimah Yacob bersetuju dengan kadar yang digunakan bagi menentukan jumlah yang boleh dibelanjakan pemerintah daripada rizab lalu di bawah Pulangan Pelaburan Bersih (NIRC).
Namun, beliau dan Jawatankuasa Penasihat Presiden (CPA) akan mendengar perincian lebih lanjut tentang Belanjawan 2020 daripada Kementerian Kewangan (MOF) sebelum memberikan kebenaran bagi Rang Undang-Undang Perbekalan.