Sewa e-skuter buat tawaf, sa'i, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Sewa e-skuter buat tawaf, sa'i

Jan 01, 2019 | 05:30 AM

USTAZAH Nur Irfani Saripi, telah menunaikan umrah dua tahun lalu pada Disember 2016 bersama suaminya, Encik Muhammad Shafi Bueari, serta dua orang anaknya, Aqilah Muhammad Shafi, yang ketika itu berusia dua tahun 10 bulan, dan Azka Muhammad Shafi, 15 bulan.

Pada masa itu, pasangan berusia 33 tahun itu telah ke Tanah Suci bersama ibu bapa Ustazah Nur Irfani.

"Secara semulajadi, saya dan suami punya beberapa kebimbangan, apalagi ia perjalanan umrah pertama suami saya.

"Penerbangan sahaja mengambil tempoh 11 jam dan umrah ialah satu kegiatan fizikal. Kadang-kala, kami tidak boleh menjangkakan sikap anak kami.

"Tetapi alhamdulillah, Allah swt memberi kami kemudahan untuk menunaikan ibadah umrah," kata Ustazah Nur Irfani.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Lantaran itu, beliau turut membawa beberapa permainan, krayon dan iPad supaya anak-anaknya tidak bosan dalam kapal terbang.

Menurut Ustazah Nur Irfani, beliau dan suaminya membuat keputusan membawa anak-anak kecil mereka ke Makkah ketika itu kerana mereka sudah berhasrat hendak menunaikan umrah sebagai seisi keluarga.

"Perjalanan menunaikan umrah bukan sahaja memberi kami kepuasan dari segi kerohanian tetapi juga penuh dengan pengajaran," kata Ustazah Nur Irfani.

Merumuskan pengalamannya di Makkah, Ustazah Nur Irfani berkata:

"Ia satu pengalaman sangat indah dan tidak boleh dilupakan. Saya rasa jika anda pernah pergi ke sana, anda mahu kembali lagi. Di sana, kami berjumpa orang Islam dari serata dunia. Kami satu keluarga orang Islam dengan pelbagai budaya.

"Ke mana sahaja kami pergi, pasti ada orang yang baik hati. Misalnya, semasa kami melakukan sa'i, beberapa jemaah memberi biskut dan makanan ringan kepada anak-anak kami.

"Semasa kami pergi ke Hijr Ismail yang sesak dengan orang, seorang lelaki tua membantu kami supaya kami selamat. Begitu juga ketika kami berada di Madinah. Kami melihat ramai jemaah lain yang juga membawa anak-anak kecil."

Bagi menunaikan ibadah dengan lebih mudah, Ustazah Nur Irfani telah membawa dua alat gendong, di mana, beliau dan suaminya, setiap seorang menggendong seorang anak.

Lantas, mereka menggendong anak mereka semasa mereka melakukan tawaf dan sa'i. Ustazah Nur Irfani juga menggendong anaknya semasa mengerjakan solat di dalam masjid.

Mereka juga membawa botol air yang diisi dengan air zam zam dan makanan ringan buat anak-anak mereka.

Di Masjidil Haram, mereka menggunakan khidmat menyewa sebuah skuter elektronik untuk melakukan tawaf dan sa'i.

Katanya lagi, anak-anaknya ada satu ketika demam semasa mereka menunaikan umrah. Justeru, beliau dan suaminya bersilih ganti ke masjid supaya salah seorang daripada mereka boleh menjaga anak yang sakit di hotel.

"Apabila mengunjungi Tanah Suci dengan anak-anak kecil, kita harus melihat ibadah secara keseluruhan. Ibadah bukan sahaja pergi ke masjid untuk bersolat. Menjaga anak-anak juga satu ibadah," ujar Ustazah Nur Irfani.

Lantaran itu, beliau menggalakkan ibu bapa membawa anak kecil semasa menunaikan umrah.

"Percaya anda telah membuat keputusan yang betul. Banyak berdoa. Rasa yakin dan serah semuanya pada Allah swt," kata Ustazah Nur Irfani.

Kini mereka mempunyai tiga cahaya mata, Aqilah, empat tahun; Azka, tiga tahun; dan Aufa Muhammad Shafi, 15 bulan.

Beliau menasihatkan supaya mengelak membawa kanak-kanak ke tempat-tempat yang terlalu sesak seperti Hajar Aswad, Hijr Ismail dan Rawdhah di Masjid Nabawi.

Keselamatan anak-anak mesti diutamakan.


"Ia satu pengalaman sangat indah dan tidak boleh dilupakan. Saya rasa jika anda pernah pergi ke sana, anda mahu kembali lagi. Di sana, kami berjumpa orang Islam dari serata dunia."
- Ustazah Nur Irfani Saripi


"Jumlah pasangan muda yang membawa anak mereka berusia antara tiga dengan 11 tahun memang telah bertambah.
Yang penting ibu bapa perlu tahu keupayaan anak mereka sendiri. Ini termasuk sama ada anak itu boleh bertahan perjalanan dalam kapal terbang selama 8-9 jam, boleh tahan dikerumuni orang yang ramai dan perjalanan 4-5 jam dari Makkah ke Madinah atau sebaliknya.
Jika ibu bapa yakin anak mereka boleh tahan semua itu, maka saya rasa tiada masalah pasangan membawa anak kecil mereka untuk menunaikan ibadah umrah.
Ada juga pasangan yang membawa anak kecil kami dapati, membawa anggota keluarga lain seperti ibu bapa agar mereka dapat bergilir-gilir menjaga anak tersebut."

- Encik Haffidz Abdul Hamid,Pengurus Besar Halijah Travel

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map