Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sewa kondo, HDB naik lebih 10% tahun lalu

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



PASARAN sewa untuk flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan kondominium privet kelihatan lebih kukuh tahun lalu, sedang sewa bagi hartanah sedemikian melonjak lebih 10 peratus walaupun permintaan menurun bulan lalu.



Sewa kondominium melonjak 11.4 peratus manakala sewa HDB meningkat 10.4 peratus pada keseluruhan tahun lalu, apabila lebih ramai penduduk beralih kepada perumahan sewa berikutan kelewatan pembinaan akibat pandemik Covid-19, menurut data daripada portal hartanah 99.co dan SRX semalam.



Sewa bulanan untuk kondominium meningkat sebanyak 1.1 peratus bulan lalu, dengan pertumbuhan harga diperhatikan secara menyeluruh di kawasan tengah Singapura, pinggir bandar dan luar bandar.



Sewa flat HDB pula meningkat untuk bulan ke-18 berturut-turut bulan lalu pada kadar yang lebih pantas sebanyak 1.4 peratus berbanding November merentas semua jenis flat bagi kedua-dua estet baru dan matang.



Ketua Penyelidikan dan Perundingan ERA Singapore, Encik Nicholas Mak, berkata antara sebab sewa naik secara berterusan ialah penangguhan pembinaan flat HBD dan hartanah privet baru.



Lebih ramai pembeli rumah kini mungkin terpaksa menyewa penginapan sementara menunggu rumah baru mereka siap, sekali gus menyokong permintaan sewa, tambahnya.



"Memandangkan stok unit rumah untuk disewa agak tidak anjal, kadar sewa kedua-dua perumahan swasta dan awam meningkat pada tahun lalu," kata Encik Mak.



Pusingan terbaru peraturan pembelian hartanah yang diperkenalkan pada pertengahan Disember mungkin boleh meningkatkan permintaan perumahan sewa, tambahnya.



Langkah baru termasuk kenaikan kadar Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD)daripada 12 peratus kepada 17 peratus bagi warga yang membeli harta kediaman kedua mereka, dan daripada 15 peratus kepada 25 peratus bagi mereka yang membeli hartanah ketiga dan seterusnya.



"Ini akan memberi insentif kepada pembeli rumah yang sudah memiliki hartanah untuk menjual hartanah sedia ada sebelum membeli hartanah seterusnya. Jika hartanah baru mereka masih sedang dibina, pembeli rumah ini perlu menyewa penginapan sementara menunggu rumah baru mereka siap," kata Encik Mak.



Namun pada bulan lalu, jumlah sewa untuk kedua-dua pasaran jatuh menurut data SRX.



Dianggarkan 4,512 unit kondomonium disewa bulan lalu, turun 1 peratus berbanding bulan sebelumnya.



Bagaimanapun, jumlah keseluruhan kondomonium yang disewa sepanjang tahun lalu meningkat sebanyak 6.8 peratus berbanding 2020.



Dalam pada itu, pasaran sewa flat HDB menyaksikan sekitar 1,770 flat disewa bulan lalu, turun 1.2 peratus daripada November.



Jumlah flat HDB yang disewakan pada tahun lalu meningkat 4 peratus berbanding 2020.



Ketua Eksekutif Huttons Asia, Encik Mark Yip, memerhatikan penurunan jumlah sewa bulan lalu mungkin disebabkan pengetatan pergerakan sempadan untuk memperlahankan kemasukan varian Omicron ke Singapura.



Cik Christine Sun, naib presiden kanan penyelidikan dan analisis di firma hartanah OrangeTee & Tie, menyatakan bahawa kelembapan musiman mungkin menjadi faktor apabila lebih ramai warga asing pulang ke negara mereka untuk tempoh perayaan.



Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa sewa untuk kedua-dua pasaran mungkin akan meningkat dalam beberapa bulan akan datang apabila warga asing kembali ke Singapura selepas cuti akhir tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >