Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sewa kondo susut 0.6% pada Mei; sewa flat HDB naik 1.1%

Jun 28, 2023 | 07:08 PM



Sewa bagi unit kondominium merosot 0.6 peratus pada Mei, menyusuli kenaikan sementara iaitu 1 peratus pada April.

Namun, sewa bagi flat Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) terus meningkat buat bulan ke-35 berturut-turut, naik sebanyak 1.1 peratus pada Mei, lantas menandakan permintaan yang berdaya tahan.

Setelah jumlah sewa meningkat pada dua bulan sebelumnya, sebanyak 5,164 unit kondo disewakan pada Mei, satu penurunan sebanyak 8.2 peratus berbanding 5,623 unit yang dipajak pada April.

Jumlah unit HDB yang disewa juga merosot sebanyak 10.2 peratus, dengan anggaran 2,857 flat dipajak, berbanding 3,183 flat pada April, menurut data awal yang dikeluarkan pada Rabu oleh portal hartanah 99.co dan SRX.

Ketua pegawai data dan analitik 99.co, Encik Luqman Hakim, mengaitkan kemerosotan dalam jumlah penyewaan kondo kepada jangkaan harga berbeza antara tuan tanah dengan penyewa sewaktu tempoh berbulan di mana terdapat kenaikan sewa yang berterusan.

Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik di OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun berkata permintaan mungkin menyusut disebabkan jangkaan yang berbeza ini, membawa kepada tempoh lebih lama yang diperlukan untuk menutup tawaran dan menggalakkan beberapa penyewa agar bertukar kepada sektor perumahan awam untuk alternatif lebih murah.

Beliau menambah bahawa kemerosotan dalam sewa kondo merupakan tanda bahawa pertumbuhan sewa privet telah memuncak dan harga sewa sedang beransur menjadi stabil.

Menukil data awal, Cik Sun berkata kenaikan yang sedikit dalam sewa kondo pada April diimbangi oleh kemerosotan sedikit pada Mac dan Mei, lantas menunjukkan bahawa pertumbuhan sewa privet telah mendatar baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >