Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SFA arah tarik balik air botol kerana kandung bakteria

Jun 14, 2019 | 05:30 AM



AGENSI Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan menarik balik air minuman botol Starfresh (gambar) kelmarin selepas bakteria ditemui dalam sampel produk itu.



Menurut SFA, produk yang diimport dari Malaysia itu didapati mengandungi bakteria Pseudomonas aeruginosa semasa mereka menjalankan pemeriksaan sampel secara rutin.



Agensi itu kemudian mengarahkan pengimport produk itu, Radha Exports, agar menarik balik semua produk yang terjejas.



Radha Exports merupakan pemilik ABC Bargain Centre dan rangkaian kedai ValuDollar di Singapura.



Produk yang ditarik balik itu termasuk air botol Starfresh 1.5 liter dengan tarikh luput 13 Mei 2021 dan air botol jenama sama 500 milileter dengan tarikh luput 11 Mei 2021.



Pseudomonas aeruginosa merupakan sejenis bakteria yang boleh didapati dalam najis, tanah, air dan kumbahan.



Tambahnya, bakteria itu boleh membiak dalam sekitaran berair dan pada permukaan bahan organik yang terkena air.



Menurut SFA, penggunaan atau pengambilan produk yang dicemari bakteria itu boleh menyebabkan pelbagai jangkitan namun jarang menyebabkan penyakit serius dalam kalangan individu sihat.



SFA turut menasihati orang ramai yang telah membeli produk yang terjejas itu agar tidak meminumnya.



Jurucakap Radha Exports berkata syarikat itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa tentang hasil ujian yang dijalankan kelmarin, lapor akhbar The Straits Times.



Kesemua air botol yang terjejas itu telah ditarik balik daripada kedai mereka, tambahnya.



Jurucakap itu juga berkata pelanggan yang telah membeli produk berkenaan akan dipulangkan wang mereka.



"Air itu berasal daripada salah satu kilang kami di Malaysia. Buat masa ini, air botol yang terjejas itu tidak dijual di pasaran," ujarnya.



Orang ramai yang telah meminum produk yang terjejas itu dan bimbang tentang kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan, kata SFA.



Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin memulangkan produk terjejas yang dibeli mereka itu boleh menghubungi Radha Exports di talian 6220-2777.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >