Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SFA gesa pengendali makanan guna pelitup

Apr 09, 2020 | 11:13 PM



PARA pengendali makanan dan pekerja dalam bidang Makanan dan Minuman (F&B) digesa supaya memakai pelitup atau pelindung muka semasa mereka bekerja, seperti ketika menyediakan makanan, mengambil pesanan, dan menerima pembayaran.



Ini memberi mereka perlindungan daripada kemungkinan jangkitan daripada orang di sekeliling mereka.


Ia juga akan menghalang mereka daripada menjangkiti orang lain jika mereka dijangkiti tetapi gejala itu tidak kelihatan.


Nasihat itu telah dikeluarkan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) baru-baru ini.


Dalam notis nasihat itu, agensi tersebut menyatakan bahawa mulai Selasa lalu, semua pertubuhan makanan dan minuman, termasuk restoran, pusat penjaja, kedai kopi, pusat makanan dan kedai F&B lain, akan dibuka hanya untuk pengambilan atau penghantaran. Makan dan minum di tempat makan tidak akan dibenarkan.


Langkah lebih tegas selama sebulan dari 7 April hingga 4 Mei itu diumumkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong baru-baru ini bagi memutuskan litar atau rantai jangkitan Covid-19 yang semakin meningkatkan.


Dalam notis nasihatnya, SFA menyatakan bahawa terdapat beberapa bukti bahawa orang yang dijangkiti tidak menunjukkan simptom dan boleh menjangkiti orang lain.


“Dengan peningkatan jangkitan tempatan di Singapura, dan kemungkinan terdapat kes yang tidak dikesan dalam masyarakat, pengendali makanan dan pekerja F&B harus memakai pelitup atau pelindung muka ketika mereka bekerja,” kata agensi itu.


Ia menyatakan bahawa pelitup atau peliundung muka hendaklah dipakai ketika mereka bekerja, termasuk ketika menyediakan makanan, mengambil pesanan, dan menerima pembayaran.


Agensi itu menambah bahawa pengendali makanan dan pekerja F&B boleh memakai pelitup yang dibuang selepas pakai atau pelitup berulang-guna apabila mereka beroperasi di premis mereka, termasuk pelitup berulang-guna yang diagihkan di peringkat nasional dari 5-12 April 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >