Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SFA lulus penjualan ayam yang dihasilkan di makmal di S'pura

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



DAGING ayam, yang dihasilkan di makmal atau ayam kultur, telah dibenarkan dijual di Singapura oleh Agensi Makanan Singapura (SFA).



Dalam kenyataan SFA semalam, ia akan membenarkan syarikat pemula berpangkalan di California, Eat Just, untuk menjual daging itu di Singapura setelah penilaian dilakukan untuk menentukan bahawa ayam itu selamat dimakan.



Syarikat itu adalah yang pertama di dunia yang menghasilkan produk daging ayam kultur.



Menurut Dr Tan Lee Kim, Ketua Pengarah Pentadbiran Makanan SFA, keselamatan makanan adalah pertimbangan utama dalam proses pengeluaran.



"SFA akan mengkaji penilaian keselamatan produk protein alternatif ini secara saintifik dan berunding dengan pakar untuk melindungi keselamatan makanan dan kesihatan awam. Kami juga akan memantau produk baru tersebut ketika mereka memasuki pasaran," katanya.



Daging kultur adalah daging yang dihasilkan dalam makmal menggunakan sel-sel haiwan dan tidak melibatkan penyembelihan.



Eat Just akan menggunakan ayam itu dalam produk 'nugget' ayam yang akan dilancarkan oleh syarikat itu pada satu tarikh ditentukan kelak.



Ketua Eksekutif syarikat Eat Just, Encik Josh Tetrick, berkata:



"Kelulusan pengawalan Singapura bagi ayam kultur East Just sebagai makanan ... membuka jalan bagi produk tersebut untuk disajikan kepada pelanggan di restoran."



Buat jangka masa awal ini, harga ayam itu setanding dengan harga ayam premium yang pelanggan dapat nikmati di restoran, tambahnya.



Tetapi, harganya akan turun seiring pengeluaran yang meningkat, tambahnya, sambil menambah bahawa harganya sudah sepertiga berbanding harga mereka perolehi tahun lalu.



Daging ayam itu juga mempunyai potensi untuk mendapatkan sijil Halal, kata Encik Tetrick, dan itu adalah sesuatu yang syarikatnya mengharapkan pada masa depan, kata Encik Tetrick kepada The Straits Times (ST).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >