Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG akan kaji kesan perubahan iklim ke atas ekosistem marin

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang mengkaji kesan perubahan iklim kepada sekitaran marin, dengan pemerintah kini mengajak orang ramai menghantar saranan kajian di bawah program Sains Perubahan Iklim Marin pada bulan November.



Ini diumumkan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee semasa simposium sains marin semalam.



"Kami akan mengkaji kesan perubahan iklim terhadap sistem ekosistem marin seperti paras air laut yang meningkat, suhu permukaan laut yang meningkat dan keadaan cuaca ribut yang teruk serta bagaimana kita boleh menangani cabaran dengan cara yang mampan seperti menggunakan huraian yang berdasarkan alam untuk melindungi pantai daripada paras air laut yang meningkat," katanya.



Pokok bakau misalnya merupakan habitat yang terletak di mana laut bertemu darat dan dianggap huraian berdasarkan alam semula jadi untuk membantu manusia mengurangkan dan menyesuaikan kepada perubahan iklim yang berubah.



Pokok bakau mempunyai sistem akar kompleks yang membantu mereka memerangkap sedimen daripada pasang surut ombak serta membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan paras air laut jika kadar kenaikan tidak terlalu pantas.



Habitat ini juga mempunyai keupayaan untuk menampung bilangan karbon yang tinggi dalam lumpur, sekali gus menahannya daripada memasuki atmosfera dan memerangkap lebih banyak haba dalam udara.



Program Sains Perubahan Iklim Marin berjumlah $25 juta yang diumumkan buat kali pertama Mac lalu diterajui oleh Lembaga Taman Negara dan melibatkan agensi pemerintah, institut penyelidikan dan rakan kongsi industri.



Geran November bagi program baru itu bermula sedang Program Sains Marin Penyelidikan dan Pembangunan, inisiatif yang dilancarkan pada 2016, hampir tamat.



Program awal itu juga dibiayai sebanyak $25 juta, yang diterajui oleh Yayasan Penyelidikan Nasional dan mempunyai skop lebih meluas, membiayai penyelidikan pelbagai topik.



Sebanyak 33 inisiatif dibiayai di bawah program awal dengan projek pelbagai topik seperti biodiversiti, termasuk ketam tapal kuda dan terumbu karang serta dunia mikrob marin.



Encik Lee menukil satu projek di bawah program awal oleh Profesor Peter Todd daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) mengenai jubin khas yang boleh dipasang pada rumput laut untuk menjadi hos kepada spesis asli dan merangsang daya tahan keseluruhan sistem eko marin.



NUS akan bekerjasama dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan untuk memasang lebih 3,000 jubin rumput laut "menghijau" di sekitar Pulau Tekong untuk mempertingkat biodiversiti marin pantai, kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >