Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG akan perkukuh asas perdagangan termasuk lewat FTA

fta
Mar 26, 2022 | 05:30 AM



PERDAGANGAN kekal penting bagi penakatan dan kejayaan ekonomi Singapura sedang negara ini mengharungi cabaran dan ketidakpastian dalam ekonomi global, dan berusaha merebut peluang baru, kata Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.



Beliau menambah bahawa Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) menyokong strategi perdagangan Singapura bagi mempertingkat ketersambungan dan kedudukan negara ini sebagai sebuah hab perdagangan sejagat.



Berucap di acara Hari FTA 2022 pada hari terakhir Sidang Puncak Perniagaan Apex Singapura semalam, Encik Iswaran berkata Singapura akan memperkukuh lagi asas perdagangan melalui beberapa cara.



Ini termasuk memperluas liputan geografi perjanjian perdagangan, memperdalam kerjasama sedia ada melalui inisiatif baru seperti perjanjian ekonomi digital dan hijau, dan bekerjasama dengan rakan berfikiran serupa dalam membentuk piawaian baru.



"Secara keseluruhannya, skop, kedalaman dan unsur inovatif perjanjian perdagangan Singapura menjanjikan banyak peluang bagi perniagaan kita, dan peluang bagi rakyat kita.



"Oleh itu, adalah penting syarikat kita memahami sepenuhnya dan meraih manfaat daripada rangkaian penuh perjanjian perdagangan dan ekonomi digital dan hijau kita," kata Encik Iswaran, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan.



Beliau berkata Singapura berusaha membangunkan rangkaian perdagangan di tiga peringkat - pelbagai hala, serantau dan dua hala, dengan negara ini telah menjalin rangkaian luas sebanyak 27 FTA merangkumi hampir 90 peratus daripada perdagangan keseluruhan negara.



Ini memberi syarikat di sini akses lebih mudah kepada pasaran lebih luas, dan pada harga lebih berdaya saing, tambah beliau.



Antaranya ialah Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) yang merangkumi sekitar 30 peratus hasil dalam negeri kasar (GDP) sejagat, dan Perjanjian Perdagangan Bebas Perikatan Pasifik-Singapura (PASFTA), merangkumi Chile, Colombia, Mexico dan Peru, iaitu ekonomi kelapan terbesar di dunia.



Selain itu, Encik Iswaran berkata kerjasama antarabangsa dalam digitalisasi dan kemampanan boleh menjana nilai ekonomi dan peluang baru.



Sejauh ini, Singapura telah memuktamadkan empat Perjanjian Ekonomi Digital (DEA) dengan lima negara - Australia, Chile, Korea Selatan, New Zealand dan Britain.



DEA membolehkan penggunaan data yang terbuka dan boleh dipercayai, dan pertukaran peraturan, piawaian dan dasar agar syarikat boleh mengambil bahagian dalam perdagangan digital rentas sempadan yang lancar.



Mengenai kemampanan, Encik Iswaran berkata beberapa FTA sedia ada, seperti Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP), sudah pun menampilkan kaitan antara perdagangan dengan pembangunan mampan.



Beliau menambah bahawa pemerintah komited bekerjasama dengan perniagaan untuk merebut peluang dalam ekonomi hijau.



Singapura juga berusaha membentuk piawaian baru dan tinggi dalam perjanjian perdagangan, seperti yang dilihat dalam perjanjian baru seperti RCEP, ujar beliau.



"Manfaatnya, kami percaya, akan mempunyai kesan pembuktian kukuh, dan seterusnya, mendorong negara lain mengamalkan piawaian tersebut dan akhirnya meningkatkan penanda aras sejagat bagi peraturan perdagangan," kata Encik Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >