Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELAN HIJAU SINGAPURA 2030

SG akan semak sasaran iklim untuk 2030

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA akan menyemak sasaran iklimnya untuk 2030 pada tahun ini, sedang ia mempergiat usaha mengatasi perubahan iklim dan meletakkan sasaran lebih tinggi.



Ini diumumkan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, di perbahasan belanjawan mengenai rancangan kemampanan di bawah Pelan Hijau 2030 semalam.



Lima kementerian - Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Pembangunan Negara (MND), dan Kementerian Pendidikan (MOE) - turut mengumumkan inisiatif baru dan perkembangan di bawah usaha tersebut.



Antaranya, MSE mengumumkan $220 juta akan diperuntuk bagi penyelidikan dan pengembangan (R&D) dalam bidang huraian bandar dan kemampanan, manakala MOT mengumumkan rancangan untuk menubuhkan tempat mengecas kenderaan elektrik di 2,000 tempat letak kenderaan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di serata Singapura.



Mengulas langkah Singapura menyemak sasaran iklim, Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, berkata: "Singapura sedang mengambil langkah yang muktamad: satu langkah yang penting, praktikal dan boleh dilaksana.



"Kami sedang membuat komitmen bagi pihak bergenerasi warga Singapura akan datang, meliputi beberapa dekad pada masa depan."



Sebelum mengesahkan rancangannya, Singapura akan berunding dengan industri dan warga, kerana langkah meningkatkan sasaran iklim ini akan mempunyai implikasi kos, selain manfaatnya.



Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, berkata demikian semasa berucap mengenai Pelan Hijau Singapura dan usaha mengatasi perubahan iklim di perbahasan belanjawan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) semalam.



Dua tahun lalu, Singapura telah menyerahkan pelan iklimnya menerusi Sumbangan yang Ditentukan Negara (NDC) dan Strategi Pembangunan Pelepasan Rendah Jangka Panjang (LEDS) di bawah Perjanjian Paris.



Matlamat waktu itu adalah untuk mengurangkan pelepasan kepada 33 juta tan karbon dioksida menjelang 2050, dengan mencapai pelepasan sifar bersih secepat mungkin dalam pertengahan kedua abad.



Pada 18 Februari lalu, pemerintah mengumumkan akan mempercepatkan pelan iklimnya dan mencapai sasaran pelepasan sifar bersih "menjelang atau sekitar pertengahan abad ini".



Semalam, Encik Teo, yang juga pengerusi Jawatankuasa Antara Kementerian mengenai Perubahan Iklim, berkata Singapura juga akan menyemak NDC 2030.



"Kami kemudian akan mengisytihar dan membuat semakan formal kepada NDC dan LEDS selanjutnya tahun ini," kata Encik Teo.



Beliau berkata Singapura kini boleh meningkatkan sasaran iklimnya, sedang terdapat banyak perkembangan di peringkat global, dengan lebih banyak negara dan syarikat kini membuat komitmen pelepasan sifar.



Singapura juga sewajarnya mengambil tindakan sedemikian kerana ia ingin memanfaatkan trend global yang positif dalam kewangan mampan dan sasaran sifar bersih korporat untuk menjadikan Singapura tempat yang menarik bagi kegiatan ekonomi hijau.



Ini akan meletakkan ekonomi Singapura dalam kedudukan baik dan meningkatkan daya saingnya dalam masa depan rendah karbon, kata Encik Teo.



Pemerintah juga sebelum ini mengumumkan akan meningkatkan cukai karbon, daripada kadar sekarang $5 setiap tan pelepasan kepada antara $50 dengan $80 menjelang 2030.



Semalam, Encik Teo juga menjawab soalan Anggota Parlimen seperti Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang), Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) dan Cik Cheryl Chan (GRC East Coast) mengenai bagaimana kenaikan cukai karbon akan menyokong peralihan hijau Singapura.



"Sedang kami membuat peralihan tegas ke arah masa depan rendah karbon, kami perlu menyediakan petanda harga yang betul untuk membentuk sikap yang bertanggungjawab.



"Kami sentiasa meletakkan harga betul bagi sumber penting seperti air, tenaga dan pembuangan sampah agar pengguna dan perniagaan membuat keputusan yang sewajarnya dengan mengambil kira kos sebenarnya.



"Begitu juga, tahap cukai yang disemak itu akan menyediakan petanda harga karbon yang wajar bagi pengguna dan perniagaan untuk memahami kos pelepasan karbon dalam penggunaan dan keputusan perniagaan mereka," kata Encik Teo.



Individu dan isi rumah juga akan mempunyai lebih insentif untuk mengamalkan gaya hidup lebih mampan, seperti menjimat elektrik dan menggunakan peralatan lebih cekap tenaga.



Kata Encik Teo lagi, Singapura juga mengambil rujukan tahap harga karbon dari tempat lain, dan mengambil kira juga bahawa negara lain juga mempunyai sumber lain tenaga diperbaharui seperti nuklear.




"Singapura sedang mengambil langkah yang tegas - satu langkah yang penting, praktikal dan boleh dilaksana.

Kami sedang membuat komitmen bagi pihak bergenerasi warga Singapura akan datang, meliputi beberapa dekad pada masa depan."

- Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.




SEKILAS PELAN HIJAU SINGAPURA 2030



  • Tempat mengecas kenderaan elektrik di 2,000 tempat letak kenderaan HDB

  • Tambahan $45 juta untuk inovasi bangunan hijau, tambahan $64 juta untuk R&D huraian bandar

  • Institut Pengajian Tinggi akan tingkatkan kurikulum dan latihan kemahiran untuk persiap lulusan bagi ekonomi hijau

  • Peralatan Program Pengawasan Eko (ESP) untuk sokong sekolah dalam usaha kemampanan, dengan empat sekolah ESP akan rintis sumber digital pembelajaran kemampanan

  • Sasaran iklim lebih tinggi: Pelepasan sifar bersih menjelang atau sekitar separuh abad ini

  • $220 juta diperuntuk bagi R&D bidang huraian bandar dan kemampanan

  • Lebih sokongan bantu syarikat pengilangan bina keupayaan dan guna teknologi lebih cekap tenaga

  • Institut penyelidikan baru untuk mengurangkan pelepasan karbon sektor perindustrian ditubuhkan di Pulau Jurong

  • Kenderaan elektrik berkuasa hingga 110 kilowatt akan diletakkan di bawah sijil pemilikan Kategori A




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >