SINGAPURA akan menurunkan tahap risiko penularan Covid-19 ke paras 'Kuning' selepas lebih dua tahun berada di tahap 'Jingga' atau "risiko tinggi" di bawah Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon).
Mulai Selasa ini, had saiz kumpulan akan ditiadakan, semua pekerja akan dibenarkan kembali ke tempat kerja dan penjarakan selamat tidak lagi diperlukan.