Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG alu-alukan kerjasama dengan AS kukuhkan ekon

PM Lee berkata demikian semasa bertemu Setiausaha Perdagangan Amerika, Gina Raimondo
Nov 17, 2021 | 05:30 AM



SEDANG Singapura membuka semula sempadannya secara bertahap, negara ini dapat mengalu-alukan kerjasama dengan Amerika Syarikat untuk mengukuhkan pemulihan ekonomi daripada pandemik ini.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata beliau telah bertemu dengan Setiausaha Perdagangan Amerika, Cik Gina Raimondo.



Cik Raimondo berada di Singapura bagi lawatan kerja dua hari.



Encik Lee yang bertemu dengan Cik Raimondo di Istana semalam berkata mereka membincangkan potensi kerjasama dalam bidang seperti ekonomi digital dan hijau serta daya tahan rantaian bekalan untuk menangani isu masa kini dan mewujudkan peluang bagi rakyat kedua-dua negara.



"Singapura dan Amerika menyambut ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik kita yang merangkumi pelbagai aspek tahun ini.



"Hubungan ekonomi kita kini lebih mendalam walaupun dengan Covid-19. Ini disokong oleh Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Amerika-Singapura serta Kerjasama bagi Pertumbuhan dan Inovasi yang dimeterai baru-baru ini.



"Sedang kita membuka semula sempadan secara bertahap dan memulihkan hubungan antara rakyat, saya mengalu-alukan kerjasama dengan Amerika untuk mengukuhkan pemulihan ekonomi daripada pandemik ini," ujar Encik Lee.



Ini merupakan lawatan rasmi pertama Cik Raimondo ke Asia.



Sebelum ke Singapura, beliau telah berkunjung ke Tokyo, Jepun untuk bertemu dengan beberapa menteri di sana.



Di Singapura, beliau juga dijadual bertemu dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, serta Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



Beliau turut menyertai Cik Teo dalam acara Wanita Dalam Teknologi: Merebut Peluang dalam Ekonomi Digital di Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam.



Dalam sesi perbincangan panel itu, Cik Teo dan Cik Raimondo antara lain berkongsi pandangan mereka tentang usaha memperkasa usahawan wanita dalam industri utama serta mengapa Amerika dan Singapura tempat yang menarik bagi pengasas syarikat wanita berkembang maju.



Dalam ucapannya, Cik Teo menggariskan antara usaha yang dijalankan untuk membina domain teknologi yang lebih inklusif, dengan kaum wanita juga boleh berjaya sama seperti kaum lelaki.



Ini termasuk mengambil pendekatan sistematik untuk mengembangkan bakat teknologi dari usia yang muda, terus melabur dalam latihan dan memastikan tempat kerja bersifat lebih inklusif jantina serta membangunkan dunia dan masa depan digital yang terbuka dan inklusif bagi syarikat pemula, khususnya usahawan wanita, berkembang ke pasaran luar negara.



"Nilai keterbukaan, sifat inklusif dan keupayaan untuk saling boleh kendali ini turut dikongsi dengan rakan kerja kita di Amerika," ujarnya.



Cik Raimondo pula menarik perhatian kesan positif pada ekonomi sekiranya golongan wanita dapat menyertainya sepenuhnya.



Usaha ini antara lain memerlukan latihan, bimbingan dan pendedahan.



"Kita tidak mampu mempunyai situasi di mana wanita tidak melibatkan diri sepenuhnya.



"Keseragaman adalah musuh kepada inovasi. Sekiranya ada satu jenis orang sahaja yang berinovasi dan memulakan syarikat pemula, kita tidak akan berjaya.



"Dan untuk mengeluarkan kreativiti seluruh penduduk itu, semua orang harus terlibat, termasuk wanita," ujar beliau.



Hari ini, beliau dijadual menghadiri Forum Ekonomi Baru Bloomberg yang akan dihadiri golongan ahli perniagaan terkemuka dan pemimpin pemerintah untuk membincangkan cabaran sejagat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >