Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN KAMALA HARRIS KE SINGAPURA

SG, Amerika boleh kerjasama atasi cabaran rantai bekalan

Kededua negara 'rakan semula jadi': Gan semasa sesi meja bundar bersama Naib Presiden AS Kamala Harris
Aug 25, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Amerika Syarikat boleh terus bekerjasama untuk mengatasi cabaran rantai bekalan, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong semalam.



Ini sedang republik ini menjadi "negara rakan semula jadi" bagi Amerika dan syarikatnya untuk memperkukuh daya tahan rantai bekalan dan memperkukuh pendekatan Amerika di rantau ini.



Encik Gan berkata demikian dalam satu sesi meja bundar bersama Naib Presiden Amerika Kamala Harris dan pemimpin sektor privet mengenai daya tahan rantai bekalan, semalam.



Dalam ucapan pembukaannya, Encik Gan membentangkan perspektif Singapura mengenai ciri-ciri penting bagi rantai bekalan, iaitu kepercayaan, kepelbagaian sumber dan keterhubungan.



Memberi contoh, beliau berkata Singapura antara segelintir negara di dunia yang mengekalkan aliran bebas barangan dan perkhidmatan dan tidak menyekat kawalan eksport semasa pandemik Covid-19 sekarang.



Ini telah meningkatkan reputasi negara ini sebagai rakan yang dipercayai dalam kalangan masyarakat perniagaan dan antarabangsa.



"Kepercayaan, kepelbagaian dan keterhubungan adalah alasan kukuh bagi AS dan Singapura terus bekerjasama dalam pendekatan bersama untuk mengatasi cabaran rantai bekalan," katanya.



Amerika dan Singapura kelmarin mengumumkan rancangan melancarkan dialog peringkat tinggi bagi membincangkan cara memperkukuh daya tahan rantai bekalan.



Ini sedang pandemik Covid-19 menarik perhatian tentang gangguan terhadap rantai bekalan, termasuk barangan penting, sedang negara melaksana sekatan terhadap gerakan manusia dan barangan, serta aliran penghasilan dan logistik.



Cik Harris dalam ucapannya pula menekankan tentang kerjasama antara negara untuk mengatasi cabaran ini.



"Apabila kami melihat gangguan terhadap rantai bekalan, ini satu isu yang memerlukan semua negara, khususnya negara yang bekerjasama dan bersekutu, untuk menyelaras dan memahami bahawa kita secara sendirian tidak boleh menghasilkan atau memenuhi permintaan.



"Oleh itu, perlu ada semacam kerjasama dan penyelarasan untuk memenuhi permintaan itu," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >