Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG SHANGRI-LA

SG anjur semula Dialog Shangri-La, presiden Ukraine bakal sampaikan ucapan khas

Jun 10, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS ditiadakan selama dua tahun ekoran pandemik Covid-19, Singapura akan menganjurkan semula Dialog Shangri-La (SLD) ke-19 mulai hari ini hingga lusa.



Antara perkara yang dijangka dibincangkan dalam agenda tahun ini adalah pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dijadual menyampaikan ucapan maya khas esok di dialog anjuran Institut Antarabangsa bagi Pengajian Strategik (IISS) itu.



Turut menjadi perhatian adalah kesan keselamatan serantau sedang banyak negara pulih daripada wabak Covid-19, menyebabkan pembatalan SLD di Singapura pada 2020 dan 2021 selepas diadakan secara tahunan sejak 20 tahun lalu.



Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam, edisi SLD tahun ini akan menyaksikan 500 delegasi dari 42 negara akan hadir, dengan 37 delegasi peringkat menteri dan lebih 30 pegawai kanan pertahanan termasuk panglima angkatan tentera serta ahli akademik terkemuka.



Dialog Shangri-La jadi persidangan pertahanan utama di rantau Asia-Pasifik



Peserta dialog akan berkumpul secara fizikal di Hotel Shangri-La berdekatan Orchard Road untuk mendengar ucapan dan menyertai perbahasan, di samping perbualan tidak rasmi di luar acara.



"Dialog Shangri-La dibentuk pada 2002 dan telah menjadi persidangan pertahanan dan keselamatan yang utama di rantau Asia-Pasifik.



"Selama ini, Dialog Shangri-La telah menyediakan wadah yang berharga, terbuka dan neutral bagi pertukaran perspektif berhubung isu dan inisiatif pertahanan serta keselamatan.



"SLD ke-19 juga menandakan penyambungan semula SLD berikutan peniadaannya selama dua tahun disebabkan wabak Covid-19," kata Mindef.



Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, dijadual menyampaikan ucaptama SLD hari ini, hari pertama dialog itu, dengan ucapan berkaitan perubahan pandangan strategik negaranya, kesan serantau akibat perang di Ukraine dan cabaran keselamatan Asia-Pasifik.



Perdana menteri Jepun terakhir yang menjadi penceramah utama SLD ialah Encik Shinzo Abe pada 2014.



Presiden Halimah Yacob juga akan menjadi tuan rumah kepada delegasi bagi majlis makan malam di Istana esok.



Dalam kenyataannya, Mindef menyatakan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dijadual berucap pada sidang pleno ketujuh lusa berkaitan topik "Idea Baru bagi Menjaga Kestabilan Serantau".



Sebagai ciri biasa SLD, Dr Ng akan menjadi hos kepada kumpulan menteri yang menghadiri perbincangan Meja Bulat esok dan lusa.



Dr Ng juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan menteri dan pegawai kanan dari pelbagai negara di luar acara SLD.



SLD dibentuk pada 2002, dan berfungsi sebagai persidangan pertahanan dan keselamatan terulung di rantau Asia-Pasifik.



Esok, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin, akan berucap mengenai dasar pertahanan Washington di Indo-Pasifik; sebelum Menteri Pertahanan China, Jeneral Wei Fenghe, menyampaikan ucapan pada lusa mengenai visi China bagi peraturan serantau di Asia-Pasifik.



Kedua-duanya dijadual bertemu untuk membincangkan cara menguruskan persaingan antara dua kuasa besar itu, di tengah-tengah ketegangan memuncak berhubung pelbagai isu dari Taiwan hingga pergerakan tentera Beijing di Laut China Selatan.



Dalam SLD sebelum ini, pemimpin tentera Amerika dan China sering mengadakan pertemuan untuk menangani sebarang pertelingkahan mereka.



Selain itu, timbalan menteri luar Ukraine, Encik Dmytro Senik, dijangka menghadiri SLD, bersama Laksamana Rob Bauer dari Belanda, juga pengerusi jawatankuasa tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).



Sementara itu, Encik Austin juga dijadual bertemu dengan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Encik Lee Jong-sup,di samping terlibat dalam perbincangan tiga hala dengan Encik Lee dan rakan sejawatan mereka dari Jepun, Encik Nobuo Kishi.



Agensi berita Korea Selatan melaporkan Encik Lee juga merancang bertemu Jeneral Wei untuk membincangkan mengenai ujian peluru berpandu balistik bertubi-tubi yang dilakukan Korea Utara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >