Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

SG, Aust bincang gelembung laluan udara, pengiktirafan sijil kesihatan

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Australia sedang membincangkan tentang gelembung perjalanan udara (ATB) dan sudah memulakan rundingan mengenai pengiktirafan bersama sijil kesihatan dan vaksinasi digital, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Namun, pembukaan semula pergerakan dua hala ini akan dilakukan dengan cara yang selamat dan bertahap-tahap apabila kedua-duanya sudah bersedia.



Dalam hal ini, Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison, berkata keutamaan akan diberikan kepada pelajar Singapura untuk memasuki Australia dan menyambung semula pengajian mereka, apabila sempadan dibuka nanti walaupun ini akan mengambil masa lagi.



Encik Lee dan Encik Morrison berkata demikian dalam satu sidang media pada akhir pertemuan mereka di Istana semalam.



Kedua-dua pemimpin itu bertemu dalam Mesyuarat Pemimpin Singapura-Australia yang keenam, di bawah Kerjasama Strategik Menyeluruh (CSP) Singapura-Australia bagi perdana menteri dari dua negara itu untuk bertemu secara tahunan bagi membincangkan kerjasama dua hala.



Ini kali pertama mereka bertemu secara fizikal sejak lebih setahun. Tahun lalu, Encik Lee dan Encik Morrison bertemu secara maya pada Mac disebabkan Covid-19.



Bercakap kepada media, Encik Lee berkata dalam pertemuan itu, mereka berdua membincangkan tentang usaha menangani Covid-19 serta menyambung semula pergerakan di antara dua negara itu.



Tambahnya, kini dunia sedang beralih kepada fasa seterusnya dalam memerangi pandemik, dengan vaksinasi giat dijalankan dan negara mula membuka sempadan.



"Para pegawai kini sedang membincangkan tentang gelembung perjalanan udara dan mereka juga sudah mula membincangkan tentang pengiktirafan visual sijil kesihatan dan vaksinasi, dan kita perlu sambung semula pergerakan ini dengan cara yang selamat dan bertahap apabila kedua-duanya sudah bersedia.



"Tentunya kadar vaksinasi dan jangkitan akan menjadi sebahagian daripada pertimbangan (untuk membuka sempadan). Saya boleh katakan Singapura mencapai kemajuan baik dalam program vaksinasi, sama juga di Australia... dan saya fikir setelah majoriti penduduk divaksin, maka lebih mudah untuk kita menimbangkan pembukaan ini," jelas Encik Lee.



Bersetuju, Encik Morrison berkata pembukaan gelembung perjalanan udara di antara Singapura dengan Australia akan mengambil sedikit masa lagi dan kedua-dua pihak sedang berusaha melaksanakan sistem untuk berbuat demikian.



Beliau yakin yang dua negara itu mempunyai sistem yang canggih bagi membolehkan penyambungan semula pergerakan di antara dua negara.



Kata Encik Morrison, berdasarkan perbincangan dengan Encik Lee, pihaknya "mahu memberi tumpuan kepada pelajar untuk memasuki semula" sebagai sebahagian daripada satu usaha perintis.



"Namun, bila ini akan berlaku, ia akan masih mengambil sedikit masa lagi," tambahnya.



Mengenai pandemik Covid-19, Encik Lee berkata kedua-dua negara mempunyai pendekatan serupa dalam mengawal virus itu dan memastikan warga selamat.



Menurutnya, Australia dan Singapura menyokong satu sama lain dengan kukuh bagi mengharungi hari-hari awal pandemik, seperti berkongsi maklumat mengenai virus serta membawa pulang penduduk masing-masing dari luar negara, khususnya pada tahap awal apabila penerbangan dibatalkan.



Sementara itu, Encik Lee turut menyifatkan pelaksanaan Perjanjian mengenai Latihan Tentera dan Pembangunan Kawasan Latihan pada Disember tahun lalu, sebagai satu pencapaian besar dalam hubungan pertahanan dua hala.



Turut berkuat kuasa tahun lalu ialah Perjanjian Ekonomi Digital, dan ini "direalisasikan ekoran sikap kita yang memandang ke depan, terbuka dan progresif terhadap perdagangan dan ekonomi masa hadapan", jelas Encik Lee.



Dalam hal ini, kededua pemimpin itu telah memulakan perbincangan untuk membangunkan jembatan teknologi kewangan (fintech).



Semalam, beberapa perjanjian memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani.



Ini termasuk perjanjian merangsang kerjasama dalam penjagaan kesihatan dan teknologi kesihatan, di antara Kementerian Kesihatan dari Singapura dan Australia.



Satu MOU juga dijalin di antara Polis Persekutuan Australia dengan Agensi Sains dan Teknologi Home Team bagi merangsang kerjasama dalam sains operasi dan teknologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >