Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

SG berusaha perkukuh industri perkilangan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SG berusaha perkukuh industri perkilangan

Mahu tarik lebih ramai mulakan operasi di sini
Feb 02, 2021 | 05:30 AM

SINGAPURA kini dalam usaha untuk memperkukuh asas perkilangannya dan ingin menarik lebih ramai dalam industri itu untuk memulakan operasi yang berpangkalan di sini, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing semalam.

Industri perkilangan merupakan antara teras utama ekonomi Singapura dan negara ini ingin membina kekuatan sedia ada dalam sektor tersebut, memperluas keupayaan untuk menjangkau bidang-bidang pertumbuhan baru seperti sains perubatan bio, teknologi agrikultur, pergerakan bandar dan kemampanan.

Lebih banyak peluang pekerjaan yang baik akan ditawarkan kepada warga Singapura sedang lebih banyak syarikat utama sektor ini berpangkalan di sini dan membina keupayaannya, kata Encik Chan kepada pihak media selepas lawatannya ke syarikat Illumina.

"Pada masa yang sama, syarikat-syarikat ini akan merancakkan ekosistem secara keseluruhan, merangkumi SME (syarikat kecil dan sederhana) dalam rangkaian sumber tersebut, melalui pertukaran idea dan menyediakan peluang perniagaan yang baru," katanya.

Menurut Encik Chan, Illumina merupakan contoh syarikat pengilangan utama yang Singapura inginkan, dengan pasukan yang dianggotai 1,300 pekerja di sini yang menghasilkan produk khas termasuk membekalkan 95 peratus daripada permintaan cip 'microarray' global dan memenuhi 85 peratus permintaan global untuk peralatan yang digunakan untuk diagnosis penyakit.

"Ini yang kami maksudkan dengan jenis syarikat di Singapura yang boleh membantu kami terus kekal dalam rangkaian perkilangan dan bekalan global.

"Kita tidak berada dalam pasaran di mana kita bersaing untuk harga tetapi saingan sebenarnya melibatkan mutu idea, kajian, serta penghasilan mereka," katanya menyentuh tentang rancangan Illumina untuk memperluas operasi dan kajian pasukan di Singapura.

Encik Chan turut membentangkan tiga strategi utama Singapura untuk memaparkan kebolehannya sebagai hab pengeluaran lanjutan.

Ini dilakukan melalui pelaburan terhadap infrastruktur, membina ekosistem kajian yang kukuh dan memberi sokongan kepada syarikat dalam projek transformasi Industri 4.0.

Strategi tersebut dibentangkan menyusuli pengumuman Januari lalu berkaitan rancangan Singapura untuk memperluas sektor perkilangan sebanyak 50 peratus pada 2030.

Sektor tersebut menyumbang sebanyak 21 peratus terhadap Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura secara keseluruhan dan 12 peratus tenaga kerja di sini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3