Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG boleh kekal sebagai pangkalan bagi firma perluas jangkauan di Asia

DPM Heng: Keupayaan S'pura hasil hubungan kukuh dengan negara lain, usaha jadi hab teknologi, inovasi, perusahaan dan kemampanan
Mar 10, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA boleh terus menjadi pangkalan berkesan dan mantap bagi syarikat yang ingin memperluas jangkauannya ke rantau Asia kerana hubungan negara ini yang kukuh dengan negara lain.



Ia dapat memberi peluang kepada syarikat global untuk meneroka pasaran Asia, sementara menawarkan ruang bagi syarikat Asia yang ingin menjangkau pasaran global.



Ini terutama sekali sedang Singapura berusaha menjadi hab teknologi, inovasi, perusahaan dan kemampanan supaya ia dapat menyumbang kepada perkembangan rantau ini, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam ucapan semasa merasmikan Sidang Puncak Perniagaan Asia Pasifik Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (Amcham) 2021 semalam.



"Syarikat Amerika Syarikat telah menjadi sebahagian daripada perjalanan Singapura dari awal.



"Dalam perkembangan digital akan datang, kami ingin bekerjasama dengan anda dan melabur dalam perkembangan yang didorong teknologi dan inovasi.



"Hubungan kukuh yang kami jalin (dengan negara lain) di rantau ini menjadikan Singapura pangkalan berkesan dan mantap untuk syarikat yang ingin memperluas jangkauan mereka di rantau ini," kata Encik Heng.



Acara tiga hari yang diadakan di Marina Bay Sands itu mengumpulkan pemimpin industri, wakil pemerintah dan pakar dasar dari Amerika dan Asia Pasifik untuk membincangkan isu berkaitan kepimpinan perniagaan.



Sidang itu juga bertujuan menyediakan ruang yang membolehkan perniagaan meneroka tema seperti transformasi digital dan tenaga manusia, yang membentuk perbincangan utama acara tersebut.



Ini selain topik seperti kepimpinan, transformasi industri, pemerintah dan dasar.



Encik Heng turut membentangkan beberapa cabaran besar yang dihadapi rantau ini dan cara syarikat Amerika boleh memainkan peranan penting dalam mengatasinya.



Ini termasuk ketidaktentuan disebabkan pandemik Covid-19 dan persaingan strategik antara Amerika dan China.



Mengenai Covid-19, beliau berkata: "Pandemik ini tidak dapat dikawal sepenuhnya di mana sahaja sehingga ia dapat dihentikan di semua tempat."



Beliau menggesa perusahaan supaya memainkan peranan sebagai jambatan antara negara, masyarakat dan budaya.



"Syarikat korporat memainkan peranan penting untuk memastikan globalisasi berterusan.



"(Mereka boleh memainkan peranan itu) Dengan mengukuhkan usaha membina bagi memperbaharui sistem, dan menyokong usaha membangunkan sebuah sistem lasak berasaskan peraturan, yang juga mempunyai mekanisme bagi menyelesaikan pertikaian yang boleh dipatuhi oleh semua pihak.



"Saya harap syarikat korporat Amerika Syarikat boleh terus memperjuangkan globalisasi dan bekerjasama dengan kami untuk mewujudkan pelibatan ekonomi Amerika yang lebih kukuh di rantau ini," kata Encik Heng.



Beliau turut menyentuh tentang tiga bidang sedang berkembang di rantau ini, iaitu permintaan infrastruktur, ekonomi digital dan kemampanan.



"Kami akan membentuk semula Singapura sebagai hab teknologi, inovasi, perusahaan dan kemampanan. (Ini antara bidang) yang kami dapat menyumbang kepada perkembangan rantau ini," ujar Encik Heng.




"Hubungan kukuh yang kami jalin (dengan negara lain) di rantau ini menjadikan Singapura pangkalan berkesan dan mantap untuk syarikat yang ingin memperluas jangkauan mereka di rantau ini."
- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >