Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG boleh timbang izin penduduk sudah vaksin lawat negara kes Covid-19 rendah: Ye Kung

Apr 29, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA boleh menimbangkan membenarkan penduduk yang telah mendapat vaksinasi melawat negara yang mempunyai bilangan kes Covid-19 rendah tanpa menjalani kuarantin sekembali mereka ke sini, kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.



Ini satu lagi pilihan yang sedang diteroka, kata Encik Ong, menjelang pelaksanaan gelembung perjalanan udara tanpa kuarantin antara Singapura dan Hong Kong pada 26 Mei.



Encik Ong menambah bahawa negara seperti Britain, Denmark, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat telah pun mengecualikan pelawat dari Singapura daripada menjalani kuarantin. Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama stesen radio 91.3 FM semalam.



Program vaksinasi yang sedang dijalankan di Britain dan Amerika telah menyebabkan bilangan kes Covid-19 berkurangan di sana, tetapi ia belum mencapai paras yang membolehkan Singapura membenarkan pelawat dari sana memasuki negara ini tanpa kuarantin.



"Jika mereka boleh mengekalkan bilangan kes pada paras rendah, dan ia tidak perlu ke paras sifar atau satu dua kes, kita boleh menimbangkan membenar warga Singapura yang telah mendapatkan vaksinasi pergi ke tempat-tempat itu.



"Dan sekembali mereka ke sini, mereka hanya perlu diuji tetapi tidak perlu dikuarantin," kata beliau.



"Ia tidak akan dianggap sebagai gelembung perjalanan, tetapi ia membuka pilihan penting untuk membuka lagi sempadan," tambah Encik Ong.



Sementara itu, tiket penerbangan ulang-alik Hong Kong ke Singapura habis dibeli sejak pemerintah mengumumkan 26 Mei sebagai tarikh permulaan gelembung perjalanan udara antara dua bandar ini.



Gelembung udara itu membenarkan perjalanan tanpa kuarantin dan tidak mengenakan sebarang syarat bagi tujuan perjalanan, selain menggunakan penerbangan yang dikendalikan Singapore Airlines dan Cathay Pacific.



Hanya satu penerbangan bagi setiap haluan dibenarkan sehari, masing-masing dengan had 200 penumpang. Bilangan penerbangan akan ditambah kepada dua sehari bagi setiap haluan dari 10 Jun.



Ditanya apakah bilangan penerbangan akan ditambah, Encik Ong berkata: "Jika gelembung perjalanan udara ini berkesan, kita boleh memikirkan tentang menambah penerbangan dan mengadakan gelembung perjalanan udara dengan negara-negara lain.



"Ramai orang sedang memerhatikan apakah ia akan berjaya dan jika berjaya, ia boleh menjadi contoh bagi tempat-tempat lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >