Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG cadang calon diri jadi anggota Suruhanjaya Dadah Narkotik PBB

Apr 18, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA bercadang tampil mencalonkan diri sebagai anggota Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND), badan penggubal dasar tentang dadah di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Keanggotaan ini adalah bagi penggal antara 2024 dengan 2027.



Langkah ini didedahkan Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, ketika berucap di sesi ke-64 CND PBB, yang berpangkalan di ibu negeri Austria, Vienna.



Sesi yang turut disertai delegasi Singapura secara maya ini berlangsung dari Isnin lalu hingga kelmarin.



Delegasi Singapura yang dipimpin Cik Teo terdiri daripada pegawai Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Kementerian Ehwal Luar (MFA), Biro Narkotik Pusat (CNB), Khidmat Penjara Singapura (SPS) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Terdapat 53 negara yang menganggotai CND dengan pertemuan diadakan secara tahunan bagi menyemak dan menganalisis keadaan dadah sejagat, membangun strategi kawalan dadah di peringkat antarabangsa dan mengusul langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah ini serata dunia.



Singapura aktif menyertai perbincangan CND ini sebagai pemerhati.



Kenyataan CND bagi sesi tahun ini juga meliputi pengamatan tentang kesan pandemik Covid-19 terhadap masalah dadah sejagat.



Penekanan diberi pada kepentingan meneruskan usaha, mengambil kira trend berkaitan dadah, cabaran dan kesan pandemik.



Dalam kenyataannya semalam, MHA menjelaskan Singapura menekankan lagi keperluan melindungi hak warga Singapura agar hidup dalam sekitaran bebas dadah di samping menegaskan sokongan utuh serta komitmen negara ini bekerjasama dengan CND bagi memperkukuh kerjasama antarabangsa mengenai isu dadah.



"Di Singapura, kami mengambil pendekatan pencegahan bahaya serampang berbilang mata. Ia melibatkan pencegahan menerusi pendidikan, penguatkuasaan kukuh dan pemulihan berdasarkan bukti," jelas Cik Teo kepada sidang mesyuarat CND itu.



Beliau menambah sebagai hab pemindahan ke kapal dengan rangkaian pengangkutan cemerlang ke pelosok dunia, Singapura terdedah pada dipergunakan bukan sahaja sebagai pasaran tetapi tempat persinggahan dadah.



"Kerjasama antarabangsa bagi menangani masalah dadah ini, justeru, agak nyata buat kita.



"Dalam hal ini, Singapura menegaskan lagi sokongan kuat bagi CND sebagai badan PBB dengan tanggungjawab asas bagi hal berkaitan dadah dengan kami komited bekerjasama dengan CND bagi memperkukuh kerjasama antarabangsa," ujar Cik Teo.



Singapura turut menaja bersama dua lagi acara sampingan di Vienna iaitu Covid-19 Pandemic and It's Influence On The World Drug Problem: New Challenges and Prospects yang diusulkan Persekutuan Russia dan Strategic Importance of Real-time Drug Data anjuran Cawangan Kajian dan Analisa bagi Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).



SPS, dalam pada itu, menganjurkan acara maya pinggiran, Inspiring Community Action in the Rehabilitation and Reintegration of Offenders, yang menjadi wadah perkongsian amalan dan pengalaman terbaik dalam memulihkan pesalah dadah.



Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) turut menyertai sesi ini sebagai pertubuhan bukan pemerintah (NGO) dan menganjurkan bersama dua acara maya bersama NGO lain.



Encik Lim Zi Fei, 18 tahun, pelajar Diploma Kejuruteraan Biomedikal yang juga aktivis antidadah CNB mewakili Singapura sebagai peserta belia di Forum Belia UNODC 2021.



Forum maya ini merupakan sesi sampingan CND yang diadakan setiap tahun bagi belia sedunia bertukar pandangan tentang dasar kawalan dadah di samping membangun kenyataan bersama belia yang akan disampaikan kepada penggubal dasar global di CND.




"Di Singapura, kami mengambil pendekatan pencegahan bahaya serampang berbilang mata. Ia melibatkan pencegahan menerusi pendidikan, penguatkuasaan kukuh dan pemulihan berdasarkan bukti.''
- Cik Josephine Teo, Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >