Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG, Chile meterai MOU hidrogen sumber tenaga alternatif

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Chile kini merasmikan persetujuan ingin bekerjasama menyemarakkan bidang teknologi hidrogen rendah kandungan karbon sebagai sumber tenaga alternatif.



Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Singapura, Dr Tan See Leng, berserta Menteri Hal Ehwal Tenaga dan Perlombongan Chile, Encik Juan Carlos Jobet, menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) tersebut menerusi persidangan secara dalam talian.



Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura mengedarkan kenyataan media berkenaan hal itu semalam.



MOU tersebut, yang boleh diperbaharui selepas lima tahun, dijangka memupuk kerjasama antara Singapura dengan Chile menerusi pelbagai projek dengan matlamat memajukan hidrogen sebagai sumber tenaga alternatif.



Misalnya, dua negara ini kini boleh saling berkongsi maklumat dan dasar tentang pengurusan serta pembangunan teknologi.



Di samping itu, ekonomi berteraskan tenaga hidrogen boleh dikembangkan dalam kedua-dua negara dengan mewujudkan rangkaian bekalan berkaitan umpamanya.



Akhir sekali, Singapura dan Chile boleh mempererat jaringan dan kerjasama rencam berkenaan tenaga hidrogen.



Diminta mengulas tentang pemeteraian MOU itu, Dr Tan berkata:



"MOU ini memperkukuh iltizam bersama Singapura dan Chile terhadap menyemarakkan pembangunan sumber tenaga alternatif seperti hidrogen sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan pengeluaran asap karbon pada jangka masa panjang.



"Sehubungan itu, Singapura akan terus bekerjasama dengan Chile dan rakan sepemikiran lain dalam usaha memajukan ekonomi berlandaskan tenaga hidrogen dan mencorak masa depan mampan."



MOU itu akan berada di bawah pemantauan Kementerian Hal Ehwal Tenaga Chile dan Sekretariat Perubahan Iklim Nasional (NCCS) di bawah naungan Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura.



Agensi pelaksana termasuk Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >