Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG, China meterai MOU tingkat keupayaan pengurusan trafik udara

Akan turut usaha tangani cabaran, implikasi jangka panjang dek Covid-19
Jul 09, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan China telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) untuk bekerjasama meningkatkan keupayaan pengurusan trafik udara (ATM) mereka, dalam perjanjian pertama sedemikian antara China dan penyedia perkhidmatan navigasi udara Asia Tenggara.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Biro Pengurusan Trafik Udara Pentadbiran Penerbangan Awam China (ATMB/CAAC) berkata semalam bahawa mereka mahu mencapai kemajuan menuju pemodenan pengurusan lalu lintas udara.



Kedua-dua penguasa berkata perjanjian itu akan membantu dalam rancangan navigasi udara global yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).



"Kedua-dua pihak juga berusaha mengembangkan konsep, huraian dan teknologi ATM baru untuk meningkatkan keupayaan ATM secara dua hala dan serantau.



"Mereka juga akan bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan pengurusan aliran lalu lintas udara, piawaian keselamatan penerbangan, latihan penerbangan dan/atau prestasi penerbangan," kata kedua-dua agensi itu.



Di samping itu, mereka berkata mereka akan berusaha menangani cabaran dan implikasi jangka panjang yang ditimbulkan oleh pandemik Covid-19 terhadap keupayaan pembangunan pengurusan lalu lintas udara.



Mengenai rancangan meningkatkan keupayaan ATM secara serantau, CAAS dan ATMB/CAAC pula berkata mereka akan bekerjasama dengan rakan kerja lain, seperti ICAO dan Pertubuhan Perkhidmatan Navigasi Udara Awam, untuk mewujudkan perkhidmatan navigasi udara yang lancar di rantau Asia Pasifik.



Ketua Pengarah CAAS Kevin Shum berkata perjanjian itu merupakan tunggak penting dalam kerjasama penerbangan.



"Kerjasama antara penyedia perkhidmatan navigasi udara lebih penting lagi sekarang sedang kita menghadapi cabaran Covid-19," kata Encik Shum.



"CAAS tetap komited untuk memainkan peranan penting dalam memajukan ATM dan memastikan penyelarasan dalam pengembangan pengurusan lalu lintas udara."



Ketua pengarah ATMB/CAAC, Encik Che Jinjun, mengatakan agensi tersebut komited untuk memperkukuh kerjasama dengan Singapura meskipun di tengah-tengah pandemik ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >