Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG-China perkukuh hubungan dengan penamaan asrama, MOU pulihara panda

Presiden Halimah: Projek asrama lambangkan persahabatan kukuh antara rakyat kedua-dua negara
Feb 07, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Presiden China, Encik Xi Jinping semalam mendedahkan nama sebuah asrama pelajar yang dibina di Daerah Pengshui, Chongqing, sebagai sebahagian daripada projek amal yang dimulakan oleh masyarakat Singapura di China.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), projek tersebut merupakan salah satu acara kemuncak bagi memperingati ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada 2020.



Singapura dan China bersetuju untuk menamakan asrama tersebut 'Zhixinlou', yang bermaksud pemahaman dan pembelajaran lebih lanjut tentang Singapura, sambil memberi aspirasi untuk pelajar terus menimba ilmu baru.



Presiden Halimah berkata, asrama itu, melambangkan persahabatan yang kukuh antara rakyat Singapura dan China, dan kepentingan yang diberikan kedua-dua negara terhadap pendidikan.



"Kami juga gembira untuk mendedahkan nama asrama pelajar yang dibina di Daerah Pengshui, Chongqing, sebagai sebahagian daripada projek amal yang dimulakan oleh masyarakat Singapura di China, sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik Singapura-China pada 2020.



"Asrama itu melambangkan kepentingan kedua-dua negara dalam bidang pendidikan," kata Puan Halimah di Facebook.



Kedutaan Singapura di Beijing dan Konsulat Jeneral Singapura di China telah bekerjasama dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Singapura di China (SingCham) untuk mengumpul sekitar $730,000 bagi projek amal bagi menyokong usaha mengurangkan kemiskinan di daerah Pengshui, Chongqing.



MFA berkata sebelum asrama dibina, para pelajar yang tinggal lebih daripada lima kilometer dari kawasan sekolah perlu menghabiskan banyak masa berulang-alik meredah kawasan pergunungan itu.



"Sejak asrama ini dibina dan mula beroperasi pada Januari 2021, ia telah menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada para pelajar yang kurang bernasib baik," tambah MFA.



Asrama empat tingkat itu boleh menempatkan lebih 100 pelajar.



Sewaktu pertemuan mereka semalam, Puan Halimah dan Encik Xi turut mengalu-alukan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua-dua negara yang akan menyediakan rangka kerja kerjasama dua hala mengenai pemuliharaan dan penyelidikan Panda Gergasi.



MOU tersebut ditandatangani oleh Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, dan Pentadbir Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Negara (NFGA) China, Encik Guan Zhi'ou (TBC).



Di bawah MOU ini, MTI dan NFGA akan menyokong pelaksanaan bersama Pemuliharaan Kolaboratif dan Penyelidikan Panda Gergasi yang sedang dijalankan antara Wildlife Reserves Singapore (WRS) dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA), untuk mempromosikan pemuliharaan Panda Gergasi.



Dalam kenyataannya, MTI berkata MOU itu juga akan menggalakkan pertukaran dan perkongsian pengetahuan antara agensi berkaitan dan badan teknikal mengenai pemuliharaan dan pengurusan haiwan tersebut.



"Penandatanganan MOU ini menandakan satu detik penting bagi kerjasama Singapura-China dalam bidang pemuliharaan Panda Gergasi dan merupakan simbol persahabatan rapat antara Singapura dan China ketika kami meraikan 32 tahun hubungan diplomatik tahun ini," tambah MTI.




"Kami juga gembira untuk mendedahkan nama asrama pelajar yang dibina di Daerah Pengshui, Chongqing, sebagai sebahagian daripada projek amal yang dimulakan oleh masyarakat Singapura di China, sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik Singapura-China pada 2020."

- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >