Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SG cipta sejarah lancar tiga satelit baru

Jul 03, 2022 | 06:04 AM

SINGAPURA telah mencipta sejarah dengan mengorak langkah lebih jauh dalam industri angkasa lepas dengan pelancaran tiga satelit baru untuk kegunaan nasional, penyelidikan dan komersil pada Khamis lalu.

Roket setinggi 44 meter yang membawa tiga satelit secara keseluruhan itu berlepas dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di India Selatan selepas 6 petang, kira-kira 8.30 malam waktu Singapura.

Satelit itu dilepaskan ke orbit kira-kira 570 kilometer atas permukaan bumi selepas 8.50 malam waktu Singapura. Dua daripadanya ialah satelit besar yang telah dibangunkan oleh beberapa agensi dan firma pihak pemerintah.

Umpama 'mata-mata', ia akan digunakan untuk meningkatkan keselamatan kelautan, mengesan minyak tumpah dan memantau bencana untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan.

Sementara satelit ketiga dan yang paling kecil adalah sebuah nanosatelit seberat 3.1kg, telah direka dan dibina oleh lebih 50 pelajar dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Satelit penyelidikan ini akan berada di angkasa enam bulan untuk menguji teknologi baru.

Pelancaran pada Khamis lalu menjadikan jumlah satelit milik Singapura sebanyak 19 satelit, sejak yang pertama dihantar pada 2011.

Encik David Tan, Pengarah Eksekutif Pejabat Angkasa Singapura, Pejabat Teknologi Angkasa dan Industri (OSTIn), berkata:

"Kami komited untuk menyokong pembangunan dalam keupayaan bakat tempatan dalam teknologi angkasa bagi memastikan Singapura dapat memanfaatkan teknologi ini dengan berkesan untuk memenuhi keperluan negara dalam industri seperti penerbangan, maritim, iklim dan kemampanan,"

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3