KORONAVIRUS
'SG Clean' tingkat, kekal kebersihan
NEA: Usaha penting di tengah-tengah penularan koronavirus
SATU kempen untuk mempertingkat dan mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi dalam kalangan penduduk dan peniaga setempat demi melindungi kesihatan awam telah dilancarkan semalam.
Dikenali sebagai 'SG Clean', kempen itu bertujuan menggalak warga dan peniaga untuk bekerjasama memastikan tandas awam, pusat penjaja serta ruang masyarakat kekal bersih.