Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG CORE sasar tiga bidang tumpuan

Sep 05, 2021 | 05:30 AM



SATU program baru yang bertujuan meningkatkan teras Singapura yang dilancarkan semalam mengambil pendekatan dimensi sosial dan memberi tumpuan pada elemen yang menjejas keselamatan nasional, keamanan sosial, keyakinan masyarakat, perpaduan dan daya tahan.



Program perintis anjuran badan kemanusiaan antara agama Humanity Matters dengan sokongan Yayasan Temasek itu akan dijalankan 20 kali hingga April tahun depan, dengan 20 peserta termasuk 10 belia (20 hingga 35 tahun) dan 10 dewasa (36 tahun dan ke atas) mengikutinya setiap kali.



Secara keseluruhan, 400 peserta termasuk individu daripada kumpulan seragam dan latar belakang atau vokasi berkaitan keselamatan akan menyertai program perintis itu.



Penasihat Khas (Kemanusiaan) Humanity Matters, Encik Hassan Ahmad, berkata program itu bertujuan melengkapi peserta dengan keupayaan dan kemahiran semasa mendekati orang awam dan masyarakat.



"Pegawai daripada kumpulan seragam menghadapi dan menangani isu sosial di peringkat masyarakat.



"Oleh itu, mereka seharusnya dilengkapi dengan kemahiran sosial dan pengetahuan tentang isu sosial juga," ujarnya.



Misalnya semasa menangani konflik berkaitan kaum antara jiran, mereka akan tahu pada dasarnya akan pentingnya sifat saling menghormati dan sifat ihsan apabila hendak meredakan keadaan.



Menggariskan tiga bidang tumpuan program SG CORE itu, pengerusi Humanity Matters, Duta Kelana Ong Keng Yong, berkata ini termasuk evolusi dan cabaran kemajmukan sosial; sifat baik yang dikongsi bersama agama berbeza dan bermanfaat bagi kehidupan bersama yang aman dan bermakna; serta elemen buatan manusia yang berubah-ubah dan mencabar keharmonian, kestabilan dan keselamatan masyarakat.



"Menerusi kerjasama pelbagai sektor, Humanity Matters bertujuan menangani isu penting yang wujud termasuk tanggapan salah tentang budaya, bangsa dan agama; diskriminasi; polarisasi; ekstremisme; sifat eksklusif; radikalisme dan pengganasan," ujarnya.



Antara peserta program itu termasuk Ketua Eksekutif (CE) Akademi Home Team (HTA), Encik Anwar Abdullah, yang menganggap usaha itu penting khususnya bagi pegawai pakaian seragam, dengan nilai seperti sifat saling menghormati turut diajar kepada pegawai di HTA.



Encik Anwar berkata program itu juga dapat membantu mereka mendekati masyarakat dengan lebih baik.



"Usaha ini berterusan kerana walaupun selepas 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, ketegangan masih wujud antara segmen masyarakat yang berbeza.



"Oleh itu, adalah penting bagi kita terus mengadakan perbincangan ini dan meningkatkannya," ujar Encik Anwar.



Bagi Encik Muhd Shafiq Arifin, 28 tahun, yang telah berbakti sebagai relawan Home Team sejak 2009 pula, beliau berharap kemahiran yang dipelajarinya menerusi SG CORE dapat membantu beliau semasa beliau berinteraksi dengan golongan muda.



Sebagai relawan Home Team, beliau antara lain berkunjung ke sekolah dan mengajar kadet Kor Pasukan Kadet Pertahanan Awam Kebangsaan (NCDCC) tentang keselamatan api, bantuan kecemasan, bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan kemahiran kepimpinan.



"Saya mahu berkongsi apa yang telah saya pelajari dengan kadet ini dan berharap mereka juga akan membincangkan hal ini bersama keluarga mereka.



"Program ini juga akan mempersiap saya bercakap dengan pelajar ini tentang cabaran yang kita hadapi seperti isu radikalisasi di dalam talian pada masa akan datang jika perlu," ujar pekerja penjagaan kesihatan awam itu.




SEKILAS



Bahagian 1:



Menghargai masyarakat berbilang budaya



  • Lawatan ke Galeri Harmoni dalam Kepelbagaian (HDG) tentang sejarah dan model berbilang budaya Singapura

Bahagian 2:



Menjadikan kenyataan kesamaan dan visi yang dikongsi bersama



  • Video tentang sikap baik yang diajar dalam agama yang berbeza

  • Perbincangan tentang sikap baik yang dikongsi bersama bagi mencapai visi yang sama

Bahagian 3:



Memahami ancaman dan trend



  • Dewasa (forum dan bengkel tentang ancaman dan trend pengganasan, radikalisasi, ekstremisme dan sifat eksklusif)

  • Belia (filem dan forum tentang belia, radikalisasi sendiri dan siber, celik digital)

Peserta program SG CORE akan menyertai Rangkaian SG CORE selepas selesai mengikutinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >