Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG SHANGRI–LA

SG dan Indonesia jiran rapat, sumbang keamanan dan kemantapan rantau

Jun 11, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Indonesia bukan sahaja negara jiran rapat, bahkan menyumbang kepada keamanan dan kemantapan di rantau ini selama berdekad lamanya dengan bekerjasama dan mengekalkan hubungan baik, kata Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto.



Encik Prabowo, yang bertemu dengan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, semalam menegaskan bahawa persahabatan dan kerjasama erat itu adalah penting, kerana cabaran transnasional seperti lanun masih kekal, dan negara-negara di rantau ini perlu bekerjasama untuk menanganinya.



"Kita ditakdirkan oleh sejarah untuk menjadi jiran. Kita bukan sahaja jiran rapat, bahkan kerana persahabatan dan kerjasama kita, kita telah menyumbang kepada tempoh keamanan dan kemantapan yang agak lama," kata Encik Prabowo dalam sidang media bersama Dr Ng selepas pertemuan mereka.



"Bersama dengan Malaysia, Filipina, Brunei, Thailand, kita mempunyai kira-kira empat atau lima dekad kemantapan, keamanan. Kemantapan dan keamanan adalah kunci kepada kemakmuran."



Bersetuju dengan komen rakan sejawatannya dari Indonesia, Dr Ng berkata dua negara itu mempunyai nilai dan perspektif yang dikongsi, selain perkongsian sejarah dan geografi.



"Kedua-dua negara mahu saling meraih manfaat antara satu sama lain dan rantau ini, untuk membangun norma antarabangsa dan supaya dua negara kita dan Asean boleh maju," ujar Dr Ng.



Semasa pertemuan mereka di Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam, dua menteri itu mengesahkan semula keadaan amat baik hubungan pertahanan dua hala yang erat dan lama terjalin antara Singapura dengan Indonesia, kata Mindef dalam satu kenyataan.



Encik Prabowo berada di Singapura sejak kelmarin hingga esok dan akan menemui Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.



Beliau juga akan berucap di Dialog Shangri-La hari ini.



Menurut Mindef, lawatan Encik Prabowo menggariskan hubungan pertahanan erat dan lama terjalin antara Singapura dengan Indonesia.



Pertubuhan pertahanan dan angkatan tentera dua negara itu telah menikmati persahabatan rapat selama beberapa dekad.



Mindef menambah, dua negara itu juga akan memperdalam kerjasama mereka untuk menangani cabaran sama keselamatan serantau.



Sementara itu, menjawab soalan mengenai China dan Amerika Syarikat di sidang media semalam, Encik Prabowo berkata Indonesia menganggap dua kuasa besar itu sebagai kawan baik, sambil menambah, negaranya boleh memainkan peranan dalam membantu dua kuasa besar itu mencapai kata sepakat.



"Jika dua kawan baik mempunyai masalah, sebagai kawan baik, kami mungkin perlu menjadi jambatan supaya kita boleh mencari penyelesaian," katanya.



"Planet ini semakin kecil. Dan kita memerlukan kebijaksanaan dan kemurahan hati kuasa besar untuk mengekalkan keamanan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >