Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG dan Maghribi kerjasama dalam pasaran karbon

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Maghribi telah bersetuju untuk bekerjasama bagi pasaran karbon dan dalam memberikan bantuan teknikal kepada pemerintah di Afrika.



Di akhir kunjungan rasmi selama tiga hari untuk menandakan hubungan diplomatik dua hala selama 25 tahun, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan berkata semalam bahawa memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani beliau dan Menteri Ehwal Luar Maghribi, Encik Nasser Bourita, membolehkan dua negara itu untuk bekerjasama dalam mencapai sasaran pelepasan karbon.



Di bawah persetujuan itu, Singapura dan Maghribi akan berusaha ke arah membangunkan rangka kerja sah dari segi undang-undang yang akan membolehkan kredit karbon untuk dipindahkan antara kedua-dua negara.



Kredit karbon adalah permit yang boleh dijual beli dan memberi pemiliknya hak mengeluarkan sejumlah gas rumah hijau secara tetap.



Apabila kredit dipindahkan dari satu negara ke negara lain, perubahan dalam jumlah pelepasan bagi setiap negara dicerminkan dalam perakaunan gas rumah hijau mereka.



Kedua-dua negara itu juga sedang bekerjasama untuk memberikan bantuan teknikal kepada Afrika.



Dr Balakrishnan berkata pada Oktober, Singapura dan Maghribi akan sama-sama menganjurkan program perintis mengenai kepimpinan dan tadbir urus bagi Afrika, yang akan diadakan di Maghribi bagi negeri-negeri Afrika.



Semalam, surat hasrat mengenai kerjasama dalam pembinaan keupayaan ditandatangani Duta Maghribi, Ketua Pengarah Mohamed Methqal, dan Duta Singapura ke Maghribi, Encik George Goh di ibu negara Maghribi, Rabat.



Penandatanganan surat itu, kata Dr Balakrishnan, memberi tanda harapan bahawa kedua-dua negara perlu memuktamadkan MOU mengenai kerjasama teknikal tidak lama lagi.



Di satu sidang media bersama Encik Bourita semalam, Dr Balakrishnan berkata beliau telah menyampaikan kepada Encik Bourita - penasihat kanan Raja Maghribi Mohammed VI - satu undangan daripada Presiden Halimah Yacob kepada Raja itu untuk mengadakan lawatan negara ke Singapura, lapor akhbar The Straits Times.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata semalam bahawa Dr Balakrishnan dan Encik Bourita turut membincangkan mengenai pembangunan mampan, pendidikan, perdagangan dan pelaburan, serta mempertingkat kesambungan.



Sewaktu lawatannya, Dr Balakrishnan juga bertemu pemimpin Maghribi lain seperti Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Ryad Mezzour; Menteri Bertanggungjawab bagi Peralihan Digital, Cik Ghita Mezzour; dan Presiden Yayasan Muzium Nasional, Encik Mehdi Qotbi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >