Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG Enable, rakan kongsi bantu 4,000 individu perlukan sokongan kerja

Jul 28, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 4,000 individu yang memerlukan sokongan pekerjaan tambahan, termasuk mereka yang berkeperluan khas, telah dibantu SG Enable dan rakan kongsi penempatan kerja dan sokongan pekerjaannya setakat ini.



Lebih daripada itu, sekitar 520 organisasi telah mengambil bahagian dalam latihan untuk mempelajari cara merekrut dan menyepadukan individu kurang upaya di tempat kerja mereka.



Kini, sekitar 450 pelajar Sekolah Pendidikan Khas (Sped) tamat persekolahan mereka dan beralih ke laluan berbeza setiap tahun.



Sekitar separuh daripada mereka berjaya mendapatkan pekerjaan dalam sektor seperti hortikultur, makanan dan minuman (F&B), runcit, dan perhotelan, atau menyambung pendidikan di institut pendidikan tinggi seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Dengan kerja rapat antara Kementerian Pendidikan (MOE), SG Enable, Sped, majikan dan penjaga, peralihan pelajar Sped ke laluan pasca sekolah berdasarkan minat, kebolehan dan keperluan mereka dapat disokong.



Menjelaskan, MOE berkata Program Peralihan Sekolah-ke-Kerja (S2W) menyediakan lulusan Sped yang mempunyai keperluan yang pelbagai dan lebih kompleks dengan laluan latihan pekerjaan yang disesuaikan untuk memudahkan peralihan mereka ke tempat kerja.



Sejak diperkenal pada 2014, S2W telah memberi manfaat kepada lebih 250 pelajar, dengan 80 peratus daripada mereka berjaya ditempatkan dalam pekerjaan.



Majikan yang mengambil kerja dan melatih orang kurang upaya boleh memanfaatkan Program Pintu Terbuka (ODP) yang ditadbir oleh SG Enable.



Di bawah ODP, orang kurang upaya menerima sehingga satu tahun pemadanan pekerjaan, dan sokongan pekerjaan tersuai daripada jurulatih kerja terlatih, manakala majikan mereka boleh menerima geran untuk pengubahsuaian tempat kerja dan peningkatan kemahiran pekerja mereka yang kurang upaya.



Semalam, Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, melancarkan Sukatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Vokasional (VE TLS) baru bagi pelajar keperluan khas di Rainbow Center Yishun Park School.



Dengan adanya VE TLS itu, lulusan Sped dan mereka yang mempunyai keperluan sokongan tambahan dapat dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan agar mereka dapat menyumbang kepada tempat kerja, masyarakat dan di rumah.



"Meningkatkan pendidikan vokasional adalah salah satu daripada beberapa prinsip yang mengukuhkan sektor Sped, dan merupakan sebahagian daripada usaha kami di bawah Pelan Induk Pemerkasaan 2030 untuk memupuk pelajar sepanjang hayat yang bersedia bagi ekonomi yang berubah pantas.



"MOE kekal komited untuk menyokong aspirasi pelajar di sekolah Sped dan mempersiapkan mereka agar lebih bersedia bekerja melalui kurikulum VE yang dipertingkatkan dan lebih inklusif," kata MOE dalam kenyataannya.




"MOE kekal komited untuk menyokong aspirasi pelajar di sekolah Sped dan mempersiapkan mereka agar lebih bersedia bekerja melalui kurikulum VE (Pendidikan Vokasional) yang dipertingkatkan dan lebih inklusif."
- Kementerian Pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >