SINGAPURA akan menggantung aturan laluan hijau timbal balik (RGL) dengan Malaysia, Jerman dan Korea Selatan selama tempoh tiga bulan mulai esok.
Keputusan itu diambil memandangkan peningkatan kes Covid-19 sedunia, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya semalam.
Singapura akan menyemak aturan RGL ini pada akhir tempoh penggantungan yang ditetapkan. Laluan hijau membolehkan perjalanan penting bagi tujuan perniagaan atau rasmi dikendalikan antara dua negara.
Pengunjung yang telah dibenarkan memasuki Singapura di bawah aturan ini boleh teruskan rancangan mereka, kata MFA.
Semalam, terdapat 58 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura.
Laporan lanjut: Kenaikan kes Covid-19 di dunia sebab laluan hijau tiga negara digantung