Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG giat bersiap pemulihan perjalanan udara: Iswaran

T4 Changi akan dibuka semula Sep; bahagian selatan T2 dibuka bagi operasi keberangkatan penumpang Okt
Jun 11, 2022 | 05:30 AM



TERMINAL 4 (T4) Lapangan Terbang Changi akan dibuka semula September ini dan bahagian selatan Terminal 2 akan dibuka bagi operasi keberangkatan pada Oktober, sedang pihak berkuasa membuat penyediaan bagi pemulihan aliran penumpang sepenuhnya musim salji tahun ini.



Bilangan penumpang pada minggu pertama Jun mencecah 48 peratus paras prapandemik, kata Kumpulan Changi Airport Group (CAG) dalam satu kenyataan semalam.



Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, yang melawat Lapangan Terbang Changi semalam berkata:



"Saya kira, pemulihan perjalanan udara secara am agak teguh.



"Ramalan Iata (Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa) sendiri menyatakan perjalanan udara serata dunia akan pulih ke paras sebelum Covid-19 mungkin seawal hujung tahun depan, iaitu setahun lebih awal daripada jangkaan sebelum ini.



"Industri pelancongan dan sektor penerbangan sedang memberi responsnya (terhadap perkembangan ini). Di Singapura, kami membuat persediaan bagi perkembangan ini."



CAG berkata pembukaan semula kedua-dua terminal itu akan menaikkan keupayaan operasi penerbangan Singapura menyusuli permintaan syarikat penerbangan memulakan semula khidmat penerbangan serta menambah bilangan penerbangan mereka.



Industri penerbangan tempatan juga sedang bersiap sedia menerima permintaan tinggi bagi perjalanan udara hujung tahun ini semasa tempoh cuti musim salji yang bermula pada Oktober.



T4 akan dibuka pada September bagi mengendali kedua-dua penerbangan keberangkatan dan ketibaan, kata CAG.



CAG berkata ia menjangka terdapat bilangan kedai runcit serta pilihan makanan dan minuman (F&B) yang kecil tersedia di T4 apabila ia dibuka semula.



Syarikat penerbangan yang sebelum ini beroperasi di T4 sebelum ia ditutup ekoran Covid-19 pada 2020 dijangka ditempatkan semula di terminal tersebut.



Sayap utara T2 pula akan terus dinaik taraf manakala sayap selatannya sudah dibuka bagi ketibaan sejak awal bulan ini, bermakna separuh T2 akan beroperasi semula menjelang Oktober.



Encik Iswaran berkata pihak berkuasa sedang berusaha menarik bakat tempatan ke dalam sektor penerbangan, dan responsnya agak menggalakkan.



"Banyak kerja yang kami sedang lakukan dari segi keupayaan terminal dan tenaga manusia, semuanya adalah untuk bersiap sedia.



"Ini kerana apabila berlaku pemulihan, kita bakal menyaksikan permintaan yang tinggi dan boleh membawa tekanan kepada sistem kita.



"Jadi lebih baik kami bersiap sedia lebih daripada apa yang diperlukan," kata Encik Iswaran.



Beliau menambah langkah pemulihan lapangan terbang dilaksana dengan berhati-hati sambil memantau perkembangan penularan virus lain sedunia, seperti potensi gelombang baru Covid-19 dan cacar monyet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >