Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG harap G20 raih sokongan bagi WHO hasil vaksin Covid-19

Lawrence Wong: Negara dunia tidak mampu terperangkap dalam nasionalisme vaksin
Nov 17, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA berharap Kumpulan 20 ekonomi antara terbesar di dunia (G20) dapat meraih sokongan global bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan usaha pentingnya membangunkan vaksin selamat dan berkesan bagi Covid-19, yang dapat diagih secara adil dan pada harga berpatutan di serata dunia, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong.



Menyatakan demikian dalam ucapannya di satu acara peringatan bagi menandakan penganjuran Sidang Puncak Pemimpin G20 oleh Arab Saudi semalam, Encik Wong, yang juga Menteri Kedua Kewangan, berkata negara dunia tidak mampu terperangkap dalam nasionalisme vaksin.



"Vaksin diedar secara adil dan pada harga berpatutan ke negara di mana sahaja - ini adalah prasyarat bagi pemulihan ekonomi kita dan tindakan antarabangsa kolektif amat diperlukan.



"Satu pengajaran yang Covid-19 perkukuhkan ialah tiada siapa boleh selamat kecuali semua orang selamat," katanya ketika meluahkan harapan bagi Sidang Puncak G20 yang berjaya.



Arab Saudi pengerusi semasa G20. Acara di Hotel Shangri-La itu dianjurkan oleh Kedutaan Arab Saudi di sini dan turut dihadiri Duta Besar Arab Saudi ke Singapura, Encik Saad Saleh Al Saleh, serta wakil negara G20 lain.



Sidang Puncak Pemimpin G20 yang dijadualkan berlangsung secara maya di ibu kota Arab Saudi, Riyadh, dari 21 hingga 22 November.



Singapura bukan anggota G20 tetapi sekali lagi dijemput oleh negara tuan rumah untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut.



Sedang Arab Saudi berharap dapat mengekalkan fokus kepada kestabilan ekonomi, pembangunan mampan dan meningkatkan perdagangan serta pelaburan, ia juga mahu memainkan peranan utama dalam usaha global menangani pandemik Covid-19.



Encik Wong berkata beliau berharap G20 dapat memberi isyarat kukuh bagi sokongan terhadap sistem perdagangan berbilang hala berasaskan peraturan yang telah menguntungkan negara-negara sejak sekian lama.



"Memastikan pasaran terbuka dan rantaian bekalan tetap utuh adalah kunci untuk askses kepada bekalan perubatan yang diperlukan; dan penting bagi mengurangkan gangguan serta meningkatkan pemulihan ekonomi," katanya.



Beliau juga berharap pemimpin G20 akan menandakan tekad kolektif mereka untuk membina semula ekonomi global dalam cara lebih hijau dan mampan.



"Melabur dalam infrastruktur mampan baru akan menjadi cara pemulihan dan pertumbuhan hebat, dan melibatkan sektor swasta menerusi kewangan hijau akan menyokong usaha ini.



"Kita juga perlu menegaskan semula usaha kita menangani cabaran perubahan iklim jangka panjang; dan saya mengharapkan kepimpinan G20 untuk menetapkan suasana bagi Persidangan Perubahan Iklim PBB yang berjaya pada 2021," kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >