Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG harap AS perdalam hubungan dengan negara Asia Pasifik

Mar 31, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA berharap Amerika Syarikat, di tengah-tengah kesibukannya dalam banyak perkara, akan terus memperdalam hubungannya dengan negara di Asia Pasifik, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong semasa pertemuannya dengan Presiden Amerika, Encik Joe Biden.



Presiden Biden pula berkata sedang pentadbirannya menangani krisis Ukraine yang berterusan, negaranya komited untuk melaksanakan strategi Indo-Pasifiknya, dan beliau tidak sabar untuk menjadi tuan rumah kepada pemimpin Asean di Washington bagi satu sidang kemuncak khas tidak lama lagi.



"Singapura amat menghargai kepimpinan Presiden Biden dalam mengukuhkan penglibatan Amerika di rantau ini," kata Encik Lee, lapor The Straits Times.



"Kami mengalu-alukan hasrat beliau untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Khas Asean-Amerika di sini tidak lama lagi. Ia adalah penegasan kuat komitmen Amerika kepada Asia Tenggara dan keterasan Asean."



Bercakap kepada wartawan pada permulaan pertemuan mereka di Rumah Putih kelmarin, kedua-dua pemimpin membincangkan komitmen Amerika terhadap Asia-Pasifik dan mengakui bahawa pertemuan mereka berlaku di tengah-tengah saat genting dalam hal ehwal dunia, dengan Encik Biden menggelar pencerobohan Russia ke atas Ukraine sebagai ancaman mendesak kepada Eropah dan Indo-Pasifik.



"Ia menyerang prinsip utama peraturan antarabangsa berasaskan undang-undang, (bahawa) sempadan tidak boleh diubah melalui kekerasan, dan semua negara besar dan kecil adalah sama dan berdaulat," kata Encik Biden.



Beliau berterima kasih kepada Encik Lee atas "kepimpinan berprinsip Singapura dalam menyokong rakyat Ukraine", merujuk kepada sekatan dan larangan eksport yang telah dikenakan Singapura ke atas Moscow untuk mengekang keupayaan Russia untuk melakukan perang terhadap Ukraine.



"Saya tahu ia tidak mudah, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih baginya. Anda seorang yang berprinsip dan anda telah mempertingkat tindakan setiap kali anda terpaksa," kata Encik Biden.



Encik Biden mengesahkan sekali lagi komitmen Amerika terhadap rantau itu, manakala Encik Lee berkata beliau berharap Amerika dapat memperdalam hubungannya dengan negara Asean dan negara lain, termasuk China.



Dengan berbuat demikian, Amerika akan membantu dalam memupuk keamanan, kemantapan dan keselamatan di rantau itu, seperti yang telah dilakukan sejak Perang Dunia Kedua, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >