Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG harus jangka gelombang baru Covid-19 dek Omicron: Lawrence

Dec 28, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA harus menjangka gelombang baru kes Covid-19 dalam beberapa hari dan minggu akan datang, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



"Penularan (varian) Omicron dalam masyarakat tidak dapat dielakkan kerana ia sudah berlaku di negara-negara lain di mana-mana sahaja," kata Encik Wong, yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak Covid-19 berbilang kementerian, dalam satu catatan di laman Facebook semalam.



"Tetapi kita telah melakukan semua yang kita mampu untuk bersedia menghadapi gelombang seterusnya, dan kita boleh mengharunginya bersama-sama."



Apabila varian Omicron Covid-19 muncul bulan lalu, pihak berkuasa pada mulanya menggunakan tindakan pembendungan lebih berhati-hati untuk mengekang penyebarannya dan mengetahui lebih lanjut mengenainya, kata Encik Wong.



Varian Omicron didapati mungkin lebih mudah menular tetapi kurang teruk daripada varian Delta, dan vaksin serta vaksin penggalak semasa berkesan dalam melindungi daripada penyakit teruk akibat Omicron, tambah beliau.



Pihak berkuasa sekarang sedang menyelaraskan protokol untuk menguruskan kes Omicron dengan cara yang sama seperti kes Delta, kata Encik Wong.



Sebagai contoh, kes Omicron atau kontak rapat boleh pulih di bawah program pemulihan di rumah (HRP) berbanding diasingkan di kemudahan khusus, lapor akhbar The Straits Times.



"Kita akan kemudian menggunakan sumber penjagaan kesihatan kita mengikut keutamaan bagi kes lebih teruk, serta mereka yang lebih mudah dijangkiti," ujar beliau.



Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin berkata terdapat 546 kes Omicron yang disahkan di sini hingga Sabtu lalu. Ini terdiri daripada 443 kes import dan 103 kes tempatan.



Tiada satu pun kes di sini yang mengalami gejala teruk, dan individu yang dijangkiti tidak memerlukan oksigen tambahan atau rawatan rapi, tambah MOH.



Encik Wong menggalak orang ramai mendapatkan vaksin bagi mengelakkan sekatan pergerakan mereka, termasuk tidak boleh pergi ke pejabat.



MOH mengumumkan kelmarin bahawa pekerja yang tidak divaksinasi tidak akan dibenarkan kembali ke tempat kerja mulai 15 Jan tahun depan, walaupun dengan ujian Covid-19 negatif.



Langkah itu bertujuan meningkatkan perlindungan Singapura terhadap gelombang besar kes Omicron tempatan dan memastikan tempat kerja di sini selamat, kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >