Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

SG, HK bincang gelembung perjalanan udara yang tertangguh

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SG, HK bincang gelembung perjalanan udara yang tertangguh

Feb 21, 2021 | 05:30 AM

SINGAPURA dan Hong Kong kini dalam "perbincangan rapat" mengenai gelembung perjalanan udara yang tertangguh bagi pelancong umum, dengan keadaan Covid-19 di Hong Kong kini semakin reda.

Perjanjian yang sangat dinanti-nantikan, yang akan memungkinkan perjalanan libur antara kedua-dua belah pihak, telah ditangguhkan sejak menjelang pelancarannya pada 21 November tahun lalu, apabila kes Covid-19 melonjak semula di Hong Kong.

Kedua-dua bandar ini sebelumnya telah bersetuju menangguhkan urusan perjalanan yang dipersetujui jika kes yang tidak berkaitan bagi purata tujuh di kedua-dua bandar melebihi lima kes.

Keadaan Covid-19 kemudiannya bertambah buruk di Hong Kong.

Tetapi pada awal minggu ini, rata-rata kes yang tidak berkaitan sepanjang purata tujuh hari di Hong Kong merosot di bawah lima untuk pertama kalinya dalam hampir tiga bulan.

Pada masa ini ia berada pada tahap 4.57.

Sebagai respon kepada pertanyaan mengenai kesan kes Covid-19 yang kini lebih baik untuk membolehkan gelembung perjalanan udara, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata semalam bahawa perbincangan sedang berlangsung.

Encik Daniel Ng, pengarah pengangkutan udara di CAAS, berkata: "Singapura dan Hong Kong sedang dalam perbincangan rapat mengenai ATB (gelembung perjalanan udara). Kami akan mengumumkan lebih banyak maklumat apabila ia siap nanti."

Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung pada awal bulan lalu berkata bahwa beliau memilih untuk tidak menetapkan sasaran bila gelembung perjalanan udara harus dimulakan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3