Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG, Hong Kong teliti keadaan Covid-19 sebelum lancar gelembung perjalanan udara

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Hong Kong akan meneliti semula keadaan Covid-19 di kedua-dua negara awal bulan depan, sebelum memutuskan tarikh bagi pelancaran gelembung perjalanan udara (ATB) antara dua negara itu, kata Kementerian Pengangkutan (MOT) semalam.



Bulan lalu, ATB Singapura-Hong Kong yang dijadual bermula pada 26 Mei ditangguhkan apabila keadaan pandemik di Singapura semakin teruk.



Namun, sejak itu, keadaan Covid-19 di Singapura bertambah baik, dengan jumlah kes dalam masyarakat dan bilangan kes tanpa hubungan menunjukkan trend berkurangan. Keadaan Covid-19 di Hong Kong juga stabil, dengan hanya bilangan kecil kes dalam masyarakat dilaporkan sejak beberapa minggu lalu, kata MOT.



" Menteri Pengangkutan S. Iswaran dan Setiausaha Pembangunan Perdagangan dan Ekonomi Hong Kong Edward Yau terus berhubungan rapat dan bersetuju kedua-dua pihak akan mengadakan reviu ke atas keadaan ini pada awal Julai, sebelum membuat keputusan mengenai tarikh pelancaran yang disasarkan bagi penerbangan ATB," kata MOT.



"Perkembangan terkini akan diberikan pada saat itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >