Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG-Indonesia perkukuh hubungan pertahanan, bincang perluas kerjasama

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Indonesia mengesahkan semula hubungan pertahanan mereka dan telah membincangkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama.



Ini disampaikan Ketua Turus Angkatan Udara Republik Indonesia (TNI AU), Marsyal Besar Udara (ACM) Fadjar Prasetyo serta Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, sewaktu pertemuan di ibu pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef), semalam.



Ini merupakan lawatan pertama ACM Fadjar setelah mengambil alih jawatan itu pada Mei 2020.



Beliau yang berada di Singapura dari Ahad hingga semalam turut menemui Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong dan Ketua Tentera Udara, Mejar Jeneral Kelvin Khong selepas memeriksa kawalan kehormatan di Mindef.



Menurut Mindef dalam kenyataannya, ACM Fadjar telah melawat Pangkalan Udara Sembawang dan Pangkalan Udara Changi (Timur) kelmarin.



Di situ, beliau telah menaiki helikopter berat sederhana Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), H225M, selain melihat paparan statik Pesawat Tangki dan Pengangkut Berbilang Fungsi A330.



"Lawatan ACM Fadjar menggariskan hubungan pertahanan yang erat dan lama antara Singapura dengan Indonesia," kata Mindef sambil menambah RSAF dan TNI AU meraikan 40 tahun hubungan pertahanan tahun ini.



Ia menambah kedua-dua tentera udara telah bekerjasama dan berinteraksi secara kerap.



Antaranya melalui pengendalian latihan seperti Latihan Elang Indopura, lawatan peringkat tinggi dan pertukaran serta kursus profesional yang dihadiri anggota tentera udara dari kedua-dua negara.



"Interaksi kerap ini telah meningkatkan hubungan rapat dan persefahaman antara anggota kedua-dua tentera udara," kata Mindef lagi.



Sementara itu, Singapura dan Indonesia telah mencapai kemajuan yang baik dalam perbincangan mengenai isu dua hala utama, selaras dengan rangka kerja yang dipersetujui oleh kedua-dua negara pada 2019, kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) kelmarin.



Walaupun jurucakap MFA tidak menyatakan apakah isu utama tersebut, 'Rangka Kerja Perbincangan' yang diumumkan pada 2019 menangani dua isu, iaitu pengurusan ruang udara dan latihan ketenteraan.



Rangka kerja itu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, semasa Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia pada 8 Oktober 2019.



Kelmarin, jurucakap MFA berkata sejak rahat itu, kedua-dua negara telah mengadakan perbincangan yang meluas mengenai isu tersebut.



"Kami mengalu-alukan kemajuan yang baik dalam perbincangan ini untuk mencapai satu set perjanjian yang seimbang mengenai isu-isu ini untuk jangka masa panjang," katanya sambil menambah Singapura berharap untuk dapat menamatkan perbincangan pada Rahat Pemimpin seterusnya, di mana Indonesia bakal menjadi tuan rumah.



Kementerian Ehwal Luar kedua-dua negara sedang bekerja rapat untuk memastikan penganjuran rahat tersebut di Indonesia dapat dilaksanakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >