Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG jangka bekalan makanan terjejas, sudah pelbagaikan sumber

Jun 27, 2022 | 05:30 AM



SEDANG trend terkini pelbagai negara mengenakan larangan eksport makanan membimbangkan, tidak mengejutkan jika perkara ini berlaku melihat pada kesan domino perang di Ukraine pada produk seperti bahan ternakan yang menyebabkan kekurangan bekalan makanan dan peningkatan harganya sekali gus.



Menekankan demikian kepada wartawan kelmarin, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, berkata ini adalah masalah yang dihadapi pengimport makanan seperti Singapura tetapi merupakan sesuatu yang sudah dijangka sejak pandemik bermula.



Pada masa itu, pemerintah Singapura prihatin bahawa terdapat gangguan pada bekalan ternakan, sayur-sayuran dan karbohidrat negara ini.



"Kami telah pun mula membangun simpanan stok makanan pada peringkat lebih tinggi dan mempelbagaikan bekalannya daripada lebih banyak lokasi," kata Encik Lee, yang bertemu wartawan Singapura pada penghujung Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (Chogm) yang berlangsung di Kigali, ibu negeri Rwanda.



Singapura mengimport lebih daripada 90 peratus makanannya dan pempelbagaian adalah strategi utama bagi memastikan keselamatan makanan.



Langkah mempertingkat pempelbagaian sumber makanan adalah sebab mengapa Singapura hari ini membeli ayam dari Brazil dan telur dari Ukraine dan Poland, tambah Encik Lee.



Dalam beberapa bulan ini pula, beberapa negara telah mengumumkan mereka akan melarang eksport makanan dengan menyatakan ini berlaku kerana gangguan yang berpunca daripada konflik antara Russia dan Ukraine.



Sebagai contoh, India telah mengumumkan rancangan menyekat eksport gula bulan ini bagi mengekang peningkatan mendadak pada harga domestik, menyusuli langkahnya pada Mei untuk menyekat eksport gandum.



Malaysia melarang eksport ayam pada 1 Jun bagi memantapkan pengeluaran dan harganya. Ini menyebabkan Singapura yang mengimport sekitar sepertiga (34 peratus) bekalan ayamnya dari Malaysia menyaksikan kemerosotan mendadak bekalan ayam segar dalam tempoh dua minggu pertama bulan ini. Larangan ini sebahagiannya telah dilonggarkan.



"Ia bukanlah berdasarkan undang-undang Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) - anda tidak seharusnya menutup pasaran anda apabila bekalan kian berkurangan," jelas Encik Lee.



"Tetapi dalam keadaan tertekan, inilah yang dilakukan pemerintah atau kerajaan negara tertentu," katanya lagi.



Selepas mencari sumber tambahan bagi ayam dan telur, Singapura kini sedang mencari sumber baru bagi sayur-sayuran, ujarnya.



"Ini adalah perkara yang kita perlu lakukan dan merupakan sesuatu yang kita telah lakukan agak lama juga," jelasnya.



"Ini adalah sebab mengapa, apabila bekalan ayam dari Malaysia dipotong beberapa minggu lalu, kita masih dapat menanganinya.



"Namun saya rasa masalahnya akan berterusan."



Banyak yang perlu dilakukan dengan Encik Lee menambah, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan kini sedang aktif menangani isu itu kini.



Pada masa yang sama, beliau menggesa warga Singapura agar memahami situasi dan bertindak lebih fleksibel dalam pemilihan makanan dan tabiat makan.



"Anda tidak boleh dapat ayam kampung, carilah jenis ayam lain. Ia bukan ayam dingin, ia beku, tetapi bolehlah juga.



"Dan jika anda tidak dapat sejenis beras, jika ada masalah, jenis beras lain tersedia.



"Kalau kita dapat jadi lebih fleksibel dalam tabiat kita, akan menjadi lebih mudah bagi kita melalui tempoh sukar," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >