Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG kecam tindakan Korea Utara uji peluru berpandu balistik

Mar 27, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA semalam mengecam tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang berada di ruang udara selama 71 minit sebelum jatuh di laut Jepun.



Satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata ujian itu meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea dan mencabuli Ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



"Singapura mengecam ujian peluru berpandu balistik antara benua Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) pada 24 Mac 2022," kata kenyataan MFA.



Ujian itu melanggar "moratorium DPRK pada 2018 mengenai ujian peluru berpandu balistik antara benua", tambah kenyataan itu lagi.



"Kami menyeru DPRK untuk menghentikan semua provokasi dengan serta-merta, dan mematuhi kewajipan dan komitmen antarabangsanya."



Pyongyang merekodkan sembilan kali ujian peluru berpandu tahun ini.



Awal bulan ini, penganalisis memberi amaran Korea Utara merancang melancarkan Hwasong-17 iaitu peluru berpandu gergasi yang membawa pelbagai peledak, menjelang April depan.



Senjata itu akan dilancarkan bagi memperingati ulang tahun ke-110 kelahiran pemimpin pengasas Korea Utara dan datuk kepada Kim Jong-Un, Kim II-Sung.



Peluru berpandu ICBM itu dilihat bergerak lebih tinggi dan lebih jauh berbanding mana-mana ICBM diuji negara bersenjata nuklear itu sebelum ini, termasuk satu yang direka untuk menyerang tanah besar Amerika Syarikat.



Peluru berpandu itu yang dikenali sebagai Hwasong-17 mula diperkenal pada Oktober 2020 dan digelar sebagai peluru berpandu raksasa oleh penganalisis.



Pembangunan senjata itu dijalankan di bawah pemantauan rapat Encik Kim bagi memastikan Korea Utara bersedia bagi konfrontasi lama dengan Amerika, lapor media KCNA semalam.



Pyongyang selama ini akur dengan moratorium berhubung ujian ICBM dan senjata nuklear sejak Encik Kim mengadakan rundingan diplomatik bersama bekas Presiden Amerika, Encik Donald Trump, pada 2018.



Siri rundingan dan saluran diplomasi itu kemudian menemui jalan buntu, meskipun wujud usaha daripada pentadbiran Presiden Joe Biden sekarang, yang menawarkan tawaran rundingan baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >