Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

INDEKS PERSEPSI RASUAH 2021 OLEH TRANSPARENCY INTERNATIONAL FOKUS

SG kekal antara negara paling bebas rasuah: Dapatan

Jan 26, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA terus kekal sebagai antara negara paling bebas rasuah, dengan negara ini menduduki tempat keempat teratas bersama Sweden dan Norway dan kekal sebagai satu-satunya negara Asia dalam 10 tempat teratas dalam tempoh sedekad lalu, kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) semalam.



Ini menurut dapatan satu tinjauan 180 negara dan wilayah oleh gerakan antirasuah sejagat, Transparency International (TI), yang dikeluarkan semalam.



Denmark, Finland dan New Zealand menduduki tempat tiga negara teratas.



CPIB dalam kenyataannya berkata Singapura berjaya mengekalkan markah tinggi sebanyak 85 mata dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 oleh TI itu.



Indeks itu menempatkan kedudukan dan mengukur negara mengikut tahap persepsi rasuah dalam sektor awam. Dapatan indeks bagi 2021 itu diperolehi hasil 13 penilaian pakar dan tinjauan peniaga dan pakar negara.



Negara diberi markah menggunakan skala dengan 0 menunjukkan sangat tercemar oleh rasuah, dan 100 menunjukkan sangat telus.



Dalam laporan tahun ini, TI memberi amaran bahawa sedang negara-negara melancarkan beberapa rancangan pemulihan ekonomi terbesar di dunia untuk menangani pandemik Covid-19, tindak balas besar seperti itu sudah pasti akan membawa kepada rasuah sekiranya ia dilaksanakan tanpa sekatan dan imbangan yang mencukupi.



CPIB: Situasi rasuah di S'pura terus terkawal



CPIB berkata situasi rasuah di Singapura terus terkawal meskipun terdapat cabaran dek pandemik itu, dengan statistik rasuah tahunan terkini oleh agensi itu tahun lalu menunjukkan jumlah kes rasuah kekal rendah.



"Singapura dipandang tinggi di peringkat antarabangsa bagi komitmen teguhnya untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dengan sifar toleransi bagi rasuah.



"Singapura terus menunjukkan prestasi baik dalam indeks antarabangsa bagi sifat amanah dan sektor awam yang bersih," kata agensi itu.



Selain hasil baik dalam laporan TI-CPI itu, CPIB menambah bahawa Singapura juga dinamakan sebagai negara paling bebas rasuah oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC) dalam Laporan mengenai Rasuah di Asia 2021 - kedudukan yang dikekalkan sejak 1995.



Indeks Kedaulatan Undang-Undang Projek Keadilan Dunia 2021 pula menempatkan Singapura di tangga ketiga bagi ketiadaan rasuah, menjadikan negara ini negara Asia teratas daripada 139 negara.



Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, dalam ucapannya di Sesi Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGASS) mengenai Rasuah pada Jun lalu, berkata pemerintah, perkhidmatan awam dan rakyat Singapura sentiasa berwaspada dan bertekad mencegah rasuah menerusi pendekatan serampang empat mata.



"Pertama, kemahuan politik yang kuat untuk memerangi rasuah di mana saja ia wujud dan dalam apa jua bentuk. Kedua, undang-undang anti-rasuah teguh yang menangani dan mencegah rasuah dengan berkesan.



"Ketiga, sebuah CPIB yang berkesan dan tidak berat sebelah yang menguatkuasakan undang-undang anti-rasuah ini; dan yang terakhir, perkhidmatan awam yang bersih dan cekap dengan etos kukuh berkhidmat kepada rakyat kita.



"Pada dasarnya, ini bertujuan memberi keyakinan kepada perniagaan bahawa pelaburan mereka akan berkembang maju di Singapura kerana peraturan dan proses kita adalah adil, jelas dan telus," kata beliau, yang juga Menteri Pendidikan.



Pengarah CPIB, Encik Denis Tang, berkata prestasi Singapura dalam TI-CPI dan indeks antarabangsa lain adalah hasil kemahuan politik kuat untuk melawan rasuah dan juga kewaspadaan berterusan dan keazaman tidak berbelah bagi oleh perkhidmatan awam dan orang awam untuk mencegah rasuah.



"Tiada ruang bagi sikap puas hati kerana ancaman rasuah sentiasa berkembang. Sedang kami meraikan ulang tahun ke-70 CPIB tahun ini, CPIB dan pegawainya kekal komited dan tegas dalam bekerjasama dengan rakyat Singapura dan masyarakat untuk menentang rasuah di mana jua ia wujud dan dalam apa jua bentuk," kata beliau.



Sebagai anggota Rangkaian Kerjasama Anti-Rasuah CPIB, Presiden Institut Akauntan Bertauliah Singapura (ISCA), Encik Kon Yin Tong, berkata markah tinggi dalam TI-PCI yang diperolehi negara ini adalah satu pencapaian yang merupakan bukti kepada rangka kerja undang-undang teguh, hukuman yang ketat dan kemahuan politik yang kuat Singapura dalam memerangi rasuah.



"Kami akan terus bekerja rapat dengan CPIB dalam pendekatan karyawan perakaunan dan kewangan dan inisiatif pembangunan profesional mengenai anti-rasuah untuk mempertingkat reputasi Singapura sebagai salah satu negara paling bebas rasuah di dunia," kata beliau.




 "Meskipun Singapura telah mencapai beberapa kejayaan dalam memerangi rasuah, kita tidak akan pernah mendakwa telah menyelesaikan masalah itu secara kekal. Tidak ada ruang untuk berpuas hati, kerana ancaman rasuah sentiasa berkembang. Satu contoh ialah bagaimana sistem kewangan antarabangsa boleh disalah guna untuk melaburkan hasil rasuah melalui kemajuan teknologi. Kita mesti memanfaatkan sains dan teknologi untuk mencegah dan memerangi bentuk rasuah yang canggih. Rasuah juga menjadi semakin tanpa sempadan. Sebagai sebuah hab kewangan antarabangsa, Singapura percaya bahawa kerjasama antarabangsa adalah penting dalam menangani rasuah."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, dalam ucapannya di Sesi Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGASS) mengenai Rasuah Jun lalu.




NEGARA PALING BEBAS RASUAH



1. Denmark, 88 mata



2. Finland, 88 mata



3. New Zealand, 88 mata



4. Singapura, 85 mata



5. Norway, 85 mata



6. Sweden, 85 mata



7. Switzerland, 84 mata



8. Netherlands, 82 mata



9. Luxembourg, 81 mata



10. Jerman, 80 mata



 







Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >