Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG, Kesatuan Afrika iktiraf sijil vaksinasi Covid-19 digital satu sama lain

May 18, 2022 | 05:30 AM



MULAI Isnin depan, Singapura dan Kesatuan Afrika (AU) akan mula mengiktiraf sijil vaksin Covid-19 digital masing-masing, menjadikan perjalanan ke blok negara 55-anggota itu lebih mudah.



Dengan langkah itu, mereka yang diberi vaksin sepenuhnya di Singapura hanya perlu memuat naik sijil vaksinasi digital mereka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) bagi memastikan taraf mereka disahkan pada platform Perjalanan Dipercayai (TT) dan Vaksin Dipercayai (TV) AU, membolehkan perjalanan tanpa kuarantin.



Pemeriksaan taraf vaksin digital pengembara dilihat sebagai kunci yang bakal membuka potensi penuh perjalanan udara selepas pandemik. Pemeriksaan manual seperti yang diusahakan dua tahun lepas semakin sukar dilaksanakan apabila bilangan pengembara kembali kepada tahap prapandemik.



Sijil Covid-19 Singapura sudah pun diiktiraf sebagai setara dengan sijil digital Kesatuan Eropah.



Mereka yang mendapat vaksin sepenuhnya di Singapura boleh memohon HealthCert vaksinasi digital, yang dikeluarkan oleh MOH, melalui laman web Notαrise (notarise.gov.sg). HealthCerts vaksinasi akan dihantar oleh Notαrise kepada e-mel individu dan/atau melalui aplikasi SingPass.



Bidang kuasa seperti Taiwan juga telah membentuk peraturan yang sama dengan Singapura.



Pada masa ini, 21 destinasi utama Afrika termasuk Etiopia, Nigeria, Ghana, Namibia, Kenya dan Rwanda sudah pun menggunakan TT dan TV sepenuhnya, atau sudah berada pada peringkat akhir untuk beralih kepada platform lain.



Terdapat rancangan mendapatkan semua negara Afrika pada platform, yang dimulakan pada suku terakhir 2020, dalam beberapa bulan mendatang.



Semasa wabak Omicron akhir tahun lalu dan awal tahun ini, Singapura melarang pelancong dari beberapa negara Afrika termasuk Afrika Selatan, Botswana dan Mozambique daripada memasuki atau transit melalui sempadannya. Ini telah ditarik balik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >