SINGAPURA kini menghadapi satu lagi titik perubahan dalam peralihannya ke sebuah masyarakat rendah karbon, namun perjalanan ke arah ekonomi dan kehidupan lebih hijau dan mampan itu "tidak mudah", kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.
Meskipun peralihan ke sebuah masyarakat rendah karbon mungkin kelihatan menggentarkan, Cik Fu berkata ia akan menyediakan masa depan lebih cerah dan hijau bagi Singapura serta generasi rakyat akan datang.
"Seperti semua peralihan, akan ada gangguan dan keseimbangan… sesetengah perniagaan dan isi rumah mungkin terpaksa bersiap sedia untuk kenaikan kos sementara.
"Kos peralihan juga boleh berlaku dalam cara yang tidak ketara seperti cabaran mengubah tabiat kita dan cara kita hidup, bekerja dan berseronok.
"Namun, kita mesti teruskan usaha, kerana ketiadaan tindakan akan menyebabkan kita lebih menderita," kata beliau.
Cik Fu berkata demikian dalam respons kepada usulan 'Ke Arah Masyarakat Rendah Karbon' di Parlimen semalam, yang difailkan oleh Cik Poh Li San (GRC Sembawang), dengan seramai 19 Anggota Parlimen (AP) secara keseluruhan mengambil bahagian dalam bahas usulan itu.
Laporan lanjut :
• S'pura akan persiap pekerja ke arah ekonomi hijau