Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG, Korea S capai perjanjian perdagangan digital

MTI: Akan perboleh prasarana digital tukar-tukar maklumat, data dan bina persekitaran digital dipercayai dan selamat bagi perniagaan dan pengguna
Dec 16, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Korea Selatan mencapai satu perjanjian baru yang akan menetapkan peraturan dan piawaian bagi perdagangan dan perkongsian digital antara dua negara itu.



Menteri Perdagangan Korea Selatan, Encik Yeo Han-Koo, dan Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Singapura, Dr Tan See Leng, mengumumkan penyelesaian perbincangan mengenai Perjanjian Perkongsian Digital Korea-Singapura (KSDPA) itu selepas sebuah mesyuarat di sini semalam.



KSDPA akan menjadi perjanjian ekonomi digital (DEA) keempat Singapura, dan yang pertama dengan sebuah negara Asia.



Peraturan dan norma baru itu akan membolehkan prasarana digital di kedua-dua negara bertukar-tukar maklumat dan data serta membina persekitaran digital dipercayai dan selamat bagi perniagaan dan pengguna, kata satu kenyataan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Dalam satu wawancara dalam talian bersama akhbar The Straits Times, Encik Yeo berkata perjanjian itu akan meningkatkan akses pengguna di Singapura kepada produk Korea Selatan melalui platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.



Mereka juga akan dapat akses kepada kandungan hiburan dalam talian seperti drama, filem dan persembahan K-pop Korea Selatan di wadah dalam talian selain daripada yang tersedia pada masa ini, seperti Netflix.



"Korea Selatan dan Singapura selalu menjadi rakan kongsi yang mempunyai pemikiran sama dari segi perdagangan dan pelaburan. Perjanjian ini mengukuhkan lagi perkongsian kami dalam peraturan perdagangan digital.



"Selain itu, Singapura adalah di teras Asean dan sebuah hab digital terkemuka, lantas ada kemungkinan syarikat Korea Selatan berkembang ke rantau ini dalam sektor digital menggunakan KSDPA," kata Encik Yeo.



KSDPA itu akan melarang penyetempatan (localisation) data, yang memerlukan data disimpan dalam sebuah negara, kecuali untuk tujuan khusus seperti akses kawal selia.



Menurut kenyataan itu, dengan melarang penyetempatan data, ia akan membolehkan perniagaan memindahkan data dengan selamat sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan harian mereka dan memilih tempat mereka ingin menyimpan dan memproses data mereka, mengikut keperluan perniagaan mereka.



Dalam kenyataan MTI itu, Dr Tan berkata: "Dengan menyelaras piawaian, membolehkan aliran data boleh dipercayai dan urus niaga digital rentas sempadan berjalan lebih lancar, KSDPA akan membuka peluang untuk perniagaan kita dan orang ramai dalam ekonomi digital yang berkembang pesat."



Perjanjian itu akan memperdalam kerjasama dua hala antara dua negara itu dalam bidang baru muncul seperti perlindungan maklumat peribadi, pembayaran dalam talian dan perlindungan kod sumber.



Kod sumber merujuk kepada sebarang koleksi kod, dengan atau tanpa ulasan, yang ditulis menggunakan bahasa pengaturcaraan boleh dibaca manusia, biasanya sebagai teks biasa.



Ia memenuhi keperluan syarikat yang mempunyai prosedur yang mereka mahu kekalkan tanpa mengira perisian yang dipasang.



Korea Selatan dan Singapura juga akan mengenal pasti peluang rentas sempadan untuk memudahkan inovasi dan kerjasama kecerdasan buatan (AI), kata kenyataan MTI.



KSDPA juga akan melengkapi usaha Singapura membangunkan peraturan global sebagai penganjur bersama inisiatif bersama Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO) mengenai e-dagang.



Dua lagi penganjur bersama inisiatif itu ialah Australia dan Jepun.



Menurut MTI, Singapura rakan perdagangan kelapan terbesar Korea Selatan tahun lalu, dengan perdagangan dua hala mencapai $44.6 bilion.



Pada akhir 2019, Singapura melabur kira-kira $8.37 bilion di Korea Selatan, dan menerima pelaburan langsung terkumpul sebanyak $23.7 bilion dari negara Asia Utara itu.



KSDPA menyusuli Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital dengan Chile dan New Zealand dan DEA Singapura-Australia serta DEA United Kingdom-Singapura, yang dicapai pada 9 Disember.



DEA dengan Britain dan Korea Selatan mungkin berkuat kuasa tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >