Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG labur $180j percepat penyelidikan AI; lancar dua program AI baru

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



DUA program kecerdasan buatan (AI) awam baru telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha Singapura menggunakan teknologi untuk manfaat sosial dan ekonomi.



Ini diperkenalkan sedang Singapura juga memperuntukkan lagi $180 juta untuk mempercepat penyelidikan AI, sebagai tambahan kepada $500 juta yang telah diperuntuk sejauh ini.



Program pertama ialah Program AI Nasional dalam Kewangan. Ini termasuk platform AI seluruh industri - digelar NovA! - yang menjana pandangan tentang risiko kewangan.



NovA! ialah kerjasama antara bank yang berpangkalan di Singapura dan firma fintech tempatan, dan bertujuan untuk membantu institusi kewangan menilai dengan lebih baik kesan syarikat kepada alam sekitar dan mengenal pasti risiko alam sekitar.



Inisiatif ini juga akan membolehkan institusi kewangan menilai pelaburan berkaitan kemampanan dan risiko berkaitan seperti 'greenwashing' iaitu apabila syarikat membesar-besarkan atau memalsukan usaha mereka untuk memelihara alam sekitar.



Inisiatif NovA! itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, di edisi keenam Festival FinTech Singapura x Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura semalam.



Beliau melancarkan strategi AI nasional Singapura di acara utama fintech dan inovasi itu pada 2019.



Singapura mempunyai lima program AI nasional, kata Encik Heng. Antaranya ialah Selena+, sistem AI di bawah program penjagaan kesihatan yang mengesan penyakit mata daripada imbasan retina.



"Selena+ berjaya mencapai ketepatan diagnostik yang sama seperti penilai manusia yang berpengalaman. Kami telah melancarkan projek ini di seluruh negara, untuk memeriksa warga emas dan pesakit diabetes bagi penyakit mata dengan lebih cekap.



"Ini telah membolehkan kami menyediakan campur tangan awal dengan lebih cepat dan tepat," kata Encik Heng.



Program AI kedua yang dilancarkan semalam ialah Program AI Nasional dalam Pemerintah, yang bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan sektor awam.



"Satu bidang adalah dalam penggunaan analisis teks AI untuk memahami dengan lebih baik maklum balas yang besar jumlahnya diterima oleh agensi baris depan kami setiap tahun. Ini akan membolehkan kami memahami cabaran dengan lebih baik dan berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik," kata Encik Heng.



AI juga akan digunakan untuk meningkatkan pemadanan pekerjaan di portal pekerjaan nasional, MyCareersFuture, kata Encik Heng.



"Ini amat penting semasa pandemik apabila ramai telah kehilangan pekerjaan dan ingin beralih ke industri lain. Kami menggunakan AI untuk memberi saranan pekerjaan dan kemahiran yang diperibadikan.



"Berdasarkan perintis kami, alat baru ini telah meningkatkan jumlah penempatan pekerjaan kepada sebanyak 20 peratus," ujar Encik Heng.



Agensi Teknologi Pemerintah, atau GovTech, sedang membangunkan JumpStart, platform AI dengan enjin cadangan untuk melengkapi jurulatih kerjaya.



Pencari kerja boleh mengakses JumpStart daripada pelbagai produk pemerintah, termasuk portal MyCareersFuture. Platform ini telah mencapai lebih 2,000 penempatan pekerjaan setakat ini.



Encik Heng berkata bahawa strategi AI Singapura juga melibatkan usaha membina ekosistem yang rancak bagi inovasi yang berterusan serta komitmen yang kukuh terhadap penyelidikan dan pengembangan (R&D) AI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >