Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG lancar VTL ke Bali, Pulau Pinang, Vietnam dan Greece

VTL juga dilanjutkan ke semua bandar di India
Mar 05, 2022 | 05:30 AM



PENGEMBARA yang telah divaksinasi sepenuhnya akan dapat memasuki Singapura dari lebih banyak bandar di Malaysia, Indonesia dan India tanpa perlu menjalani kuarantin.



Mengumumkan perluasan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) semalam, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata Singapura juga akan melancarkan VTL baru untuk Greece dan Vietnam, memulihkan perjalanan bebas kuarantin dua hala dengan dua negara ini.



Keperluan sejarah perjalanan juga akan diringankan bagi pelancong yang memasuki Singapura dari Eropah di bawah skim VTL.



Ini bermakna pelancong yang mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini ke seluruh Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) akan dibenarkan memasuki Singapura.



Menteri Pengangkutan Encik S. Iswaran berkata dalam catatan Facebook semalam bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan Singapura untuk membuka semula sempadannya dengan selamat dan mengembalikan semula kedudukannya sebagai hab perniagaan dan penerbangan global.



Skim VTL membenarkan pengembara yang divaksin sepenuhnya memasuki Singapura tanpa perlu menjalani kuarantin.



Pengembara perlu diuji negatif bagi ujian Covid-19 sebelum berlepas ke Singapura, dan mengambil ujian lain dalam masa 24 jam selepas ketibaan mereka.



CAAS berkata langkah mengembangkan VTL ke lebih banyak bandar di Malaysia, Indonesia dan India akan memudahkan perjalanan dan menambah baik perhubungan hab udara Singapura dengan pasaran utama dunia.



Mulai 16 Mac, VTL untuk Malaysia akan dilanjutkan ke luar Kuala Lumpur untuk merangkumi Pulau Pinang, bermula dengan empat penerbangan harian setiap perjalanan antara Singapura dan Pulau Pinang.



Manakala, Indonesia akan dilanjutkan ke luar Jakarta untuk menyertakan Denpasar di Bali, bermula dengan dua penerbangan harian dari Denpasar ke Singapura.



VTL untuk India akan merangkumi Chennai, Delhi dan Mumbai.



Tiada tarikh mula diumumkan setakat ini, kerana ia bergantung pada bila syarikat penerbangan merancang untuk mengendalikan laluan VTL baru mendapat kelulusan daripada CAAS untuk berbuat demikian.



Pengembara yang divaksin dari Greece dan Vietnam yang ingin memasuki Singapura di bawah VTL boleh berbuat demikian mulai 16 Mac.



Greece sudah pun dibuka kepada pelancong yang divaksin dari Singapura, manakala Vietnam telah mengumumkan rancangan membuka semula sempadannya kepada pelancong antarabangsa mulai 15 Mac.



VTL bersama Greece bermakna Singapura telah mewujudkan perjalanan bebas kuarantin dua hala dengan semua negara di Eropah yang mempunyai penerbangan terus ke Singapura.



Pelawat jangka pendek dan pemegang permit kerja yang layak untuk melakukan perjalanan dengan VTL baharu boleh memohon pas perjalanan telah divaksin bermula 10 pagi 13 Mac depan.



Warga Singapura yang telah divaksin sepenuhnya, penduduk tetap, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, dan semua pemegang pas jangka panjang yang lain tidak perlu memohon pas.



CAAS berkata ia akan terus memantau situasi kesihatan awam dan menyesuaikan langkah sempadan apabila diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >